nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Syed Saddiq jangan politikkan isu dakwaan mahkamah-MCW

22 JULAI: Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman wajar menunjukkan sifat bertanggungjawab dan berintegriti tinggi sekiranya mahu terus layak digelar sebagai bakal pemimpin negara pada masa depan.

Presiden Malaysia Corruption Watch (MCW), Jais Abdul Karim berkata, pertuduhan tersebut di mahkamah merupakan peluang terbaik untuk Ahli Parlimen Muar itu ‘cakap serupa bikin’ dan berani kerana benar. 

“Rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui fakta sebenar. Buktikan bahawa beliau pernah menyatakan tidak akan menyorokkan apa-apa berkaitan isu ini dan bersikap berani kerana benar.

“Tambahan pula sebagai ahli Parlimen yang selalu bercakap tentang anti rasuah dan salah guna kuasa, beliau mestilah jujur, matang dan bersikap terbuka dalam hal ini,

“Jangan politikkan isu ini dengan kononnya ada usaha untuk membawa beliau lompat parti dalam kes ini. Sila jelaskan kepada mahkamah jika mahu rakyat mempercayai beliau. Jika benar tidak bersalah, tidak perlu takut,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, Presiden Penaja Parti Ikatan Demokratik (MUDA) itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini atas pertuduhan pecah amanah dana sebuah parti politik berjumlah RM1 juta, dan menyalahgunakan wang sumbangan RM120,000 untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini didakwa atas dua pertuduhan pecah amanah di Mahkamah Kuala Lumpur

Bagaimanapun, beliau yang juga Bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azura Alwi. 

Dalam pada itu, Jais berkata pendakwaan terhadap bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dapat memberi keadilan kepada semua pihak.

Pada masa sama, Jais turut menyeru semua pihak menghormati fungsi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebuah badan bebas dalam mengendalikan kes-kes rasuah.

“Pendakwaan itu juga memberi peluang kepada Syed Saddiq untuk membersihkan namanya dan menjelaskan kepada rakyat Malaysia dari mana punca wang tersebut secara terperinci. 

“Rakyat yakin bahawa penyiasatan yang dijalankan SPRM adalah secara profesional berdasarkan bukti-bukti yang ada dan tidak pernah berpandukan kepada fitnah atau tohmahan semata-mata.

“Mahkamah pula akan menentukan dan menjatuhkan hukum sama ada ia fitnah atau tidak dan akan membuat keputusan berdasarkan bukti yang dikemukakan,” katanya.-Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.