nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

SPRM bongkar kartel guna 70 syarikat bolot projek puluhan juta

24 JULAI: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya membongkar sebuah kartel menggunakan 70 syarikat untuk membolot projek pembangunan bernilai puluhan juta ringgit susulan penahanan dua bekas Yang Dipertua (YDP) majlis perbandaran dan kontraktor, kelmarin.

Berikutan itu SPRM menahan seorang Pegawai Daerah (DO) dari negeri Selangor bersama seorang juruukur bahan bagi membantu siasatan kes terbabit.

Menurut Sumber, kedua-dua suspek terlibat telah direman selama lima hari bermula hari ini selepas Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan permohonan reman oleh SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

Difahamkan, kedua-dua individu terlibat telah ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira pukul 9 dan 10 malam tadi ketika hadir memberi keterangan.

“Kedua-dua suspek berkenaan ditahan kerana dipercayai bersekongkol bersama syarikat kontraktor yang merupakan sindiket kartel projek bagi membolot projek-projek bernilai puluhan juta ringgit di sekurang-kurangnya empat daerah di Selangor sejak 2012 lagi.

“Dalam tempoh empat tahun di sebuah daerah sahaja, kontraktor terlibat boleh memperoleh pelbagai projek bernilai anggaran RM20 juta.

Seorang Yang Dipertua Majlis Perbandaran dan juruukur ditahan reman bagi membantu siasatan rasuah melibatkan kartel yang menggunakan 70 syarikat membolot projek bernilai puluhan juta.

Difahamkan, terdapat kira-kira 70 syarikat yang digunakan untuk membolot projek -projek tersebut termasuk kira-kira 16 syarikat milik keluarga mereka dan selebihnya merupakan kroni atau proksi.

“Kontraktor-kontraktor ini akan menjaga dan berdampingan dengan pegawai-pegawai terlibat seperti menaja bermain golf, cuti ke luar negara dengan membiayai perbelanjaan sekeluarga,” katanya kepada wartawan PNBBC hari ini.

Mengulas lanjut, Sumber berkata, Pegawai Daerah di Selangor yang direman hari ini dipercayai telah menerima suapan bernilai anggaran kira-kira RM125,000 dalam pelbagai bentuk seperti wang tunai, pengubahsuaian rumah, deposit kereta dan bayaran perubatan.

“Suapan itu adalah sebagai balasan untuk membantu syarikat-syarikat milik kontraktor mendapatkan kerja-kerja pembersihan kawasan, penyelenggaraan dan lain-lain kerja secara sebut harga dan tender di kawasan sekitar Selangor dengan nilai keseluruhan projek tersebut berjumlah kira-kira RM3 juta.

“Juruukur bahan berkenaan pula dipercayai telah memperoleh suapan sebanyak satu peratus daripada nilai projek selain wang tunai berjumlah anggaran RM90,000 dan sebuah basikal bernilai RM3,000.

“Suspek dipercayai telah membocorkan maklumat-maklumat berkaitan tender kepada kontraktor bagi kerja-kerja pembersihan kawasan dan penyelenggaraan di sebuah daerah lain pula di Selangor,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.