nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Usul undi percaya bukti Muhyiddin yakin ada sokongan majoriti

5 OGOS : Keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membentangkan usul undi percaya, pada persidangan Dewan Rakyat, September ini bagi menentukan keabsahannya sebagai Perdana Menteri disifatkan satu tindakan yang berani. 

Penganalisis Politik dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dr Norhafiza Mohd Hed berkata, ini kerana belum ada mana-mana Perdana Menteri terdahulu yang sanggup tampil membuktikan majoriti sokongannya di Persidangan Dewan Rakyat. 

Beliau berpandangan, ini membuktikan Muhyiddin mempunyai keyakinan kukuh bahawa ramai di kalangan Ahli Parlimen masih menyokong kepimpinannya dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) bagi meneruskan perancangan dari segi kebajikan rakyat dan pembangunan negara yang terjejas akibat pandemik COVID-19. 

“Saya yakin beliau sendiri tahu siapa dia punya penyokong walaupun ada kalangan Ahli Parlimen tidak memberi sokongan kepada PN namun Ahli Parlimen yang ambil pendekatan ‘senyap’ ini berkemungkinan akan memberi sokongan penuh kepada kerajaan PN. 

“Kalau dilihat dari sisi UMNO, tak semua yang menyokong blok Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Presiden UMNO) kerana ada blok menteri-menteri UMNO yang ada dalam kerajaan mempunyai penyokong mereka sendiri. Jadi, walau Zahid tegas tarik sokongan tapi saya rasa tak semua Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO setuju dengan tindakan daripada Presidennya,” katanya kepada PNBBC Portal ketika dihubungi, hari ini. 

Dr Norhafiza Mohd Hed

Dalam pada itu, Norhafiza tidak menolak kemungkinan juga akan ada Ahli Parlimen di kalangan pembangkang yang akan menzahirkan sokongan undi percaya kepada Muhyiddin pada persidangan Parlimen pada bulan hadapan. 

“Kalau kita lihat, Tun Dr Mahathir Mohamad juga boleh berubah sokongan (undi) walau di blok pembangkang dan tidak mustahil beliau akan memberi sokongan kepada PN dan Muhyiddin. 

“Ini kerana dari pandangan saya, Dr Mahathir sendiri dia tak mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim naik menjadi Perdana Menteri. Jadi dalam keadaan itu, berkemungkinan kalau terlampau tak stabil bila sokongan tak berbelah pihak Muhyiddin, pasukan Mahathir akan beri sokongan penuh kepada kerajaan PN,” katanya. 

Dalam pada itu, ditanya tindakan yang perlu diambil jika Perdana Menteri hilang undi percaya, Norhafiza berkata, walaupun Pilihanraya Umum merupakan cara terbaik menangani krisis politik, namun ini bukanlah masa sesuai kerana negara sedang berusaha memerangi COVID-19. 

Justeru, beliau yang juga Ketua Jabatan Pengajian Kemasyarakatan dan Kewarganegaraan, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI menengaskan alternatif terbaik adalah menyerahkan perkara itu kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menyelesaikan kemelut politik yang berlaku.

“Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong yang membuat keputusan lantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri atas perkenan Seri Paduka Baginda dan dalam keadaan ini serahkan pada keputusan Yang di-Pertuan Agong hanya nampak memainkan peranan simbolik. 

“Walau ada persepsi Seri Paduka Baginda simbolik sahaja tetapi beberapa tahun kebelakangan ini, Al-Sultan Abdullah amat memainkan peranan penting dalam menstabilkan politik di Malaysia ini. Jadi, di sini kita nampak fungsi penting yang dimainkan oleh Seri Paduka Baginda,” katanya. 

Sementara itu, Norhafiza menyeru agar Ahli-Ahli Parlimen tidak kira kerajaan mahupun pembangkang perlu bersama-sama menangani COVID-19 dan inilah masanya segala perihal mahupun polemik politik diketepikan terlebih dahulu. 

“Sekarang ini, letak tepi dulu apa sahaja pandangan politik, berikan sokongan kepada kerajaan sedia ada sebab kita tak pasti jika kerajaan PN jatuh dan kerajaan PH naik kita pun tak pasti sama ada PH mampu tangani pandemik COVID-19 baik seperti kerajaan PN. 

“Dalam keadaan ini apa boleh tonjolkan walaupun Parlimen dibuka bincangkan isu rakyat dan sepatutnya sama ada blok pembangkang dan kerajaan sendiri duduk bersama berbincang bagaimana nak tangani isu rakyat dan tolak tentang politik siapa nak naik menjadi Perdana Menteri, ” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.