nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKPD 22 Lokaliti Di Empat Negeri Tamat Esok

11 OGOS: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 21 lokaliti di Kelantan, Sabah, Pahang dan Kuarters Pekerja Ladang Pelitanah 1 & 2, Dalat, Mukah, Sarawak akan berakhir esok, seperti yang sudah dijadualkan.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata, 17 daripadanya akan dilaksanakan di Sabah di mana daripada jumlah itu empat lokaliti di Sandakan, Sabah iaitu Flat LPPB Sri Taman, Lorong 1-8, Taman Kenari, Taman Mawar dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Murni. 

Selain itu, tiga akan dilaksana di tiga lokaliti di Penampang iaitu Apartment Taman Suria, Kampung Mangkadatan Notoruss

serta Taman Penampang Fasa 2 di samping Taman Perwira Ranggu, Blok 5 Kampung Titingan di Tawau dan Kampung Mamaitom, SKIM Kuala Tomani di Penom. 

“Selebihnya di Sabah adalah Blok Angsana & Blok Sumboi-sumboi, Kg Seberang Benoni,Kampung Pengalat Besar, Papar; Kampung Talantang 1, Kota Marudu dan Kampung Ayer, di Kudat. 

“PKPD di tiga lokaliti di Kampung Orang Asli Pos Brooke, Gua Musang, Kelantan iaitu Kampung Cekau, Kampung Lojing dan Kampung Penangau serta Taman Amalina Lestari, Raub dan Ladang Bukit Berembun, Mukim Keratong, Rompin turut ditamatkan,”  katanya menerusi kenyataan media perkembangan harian Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan PKPD, hari ini.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Dalam pada itu, Hishamuddin memaklumkan sebanyak lapan lokaliti di Sabah akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu bermula Jumaat ini.

Beliau berkata, ketetapan itu dibuat selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19.

“Lokaliti terbabit dengan pelaksanaan PKPD adalah tiga di Tawau, Sabah iaitu di Kampung Kongsi 8, Kampung Bergosong dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Apas Batu 8.

“Lokaliti lain di Sabah yang akan dikenakan PKPD adalah Perumahan Ladang Reka Halus dan Perumahan Ladang Boustead Trunkline masing-masing di Beluran; Kampung Kayu Madang, Kota Kinabalu; Kampung Batition, Kota Marudu dan Kampung Sunsuron, Tambunan di Sabah,” katanya. 

Mengenai pelanjutan tempoh PKPD, beliau
yang juga Menteri Luar memaklumkan kerajaan juga memutuskan tempoh PKPD membabitkan 17 lokaliti di Sabah dan Kelantan yang dijadual tamat esok dilanjutkan sehingga 26 Ogos ini.

Hishamuddin berkata ia membabitkan tiga kampung Orang Asli Pos Brooke di Gua Musang, Kelantan iaitu di Kampung Jedip WCT, Kampung Sendrop dan Kampung Seng Sang.

“Selain itu, 11 lokaliti di Tuaran, Sabah akan dilanjutkan tempoh PKPD membabitkan Kampung Betutai, Kampung Bolong Baru, Kampung Bontoi, Kampung Kindu, Kampung Lapasan, Kampung Serusop, Kampung Sungai Damit, Kampung Timbok, Kampung Simpangan, Taman Sri Rudaging dan Taman Telipok Ria.

“PKPD turut akan dilanjutkan di Kampung Lahat-lahat, Pulau Sebatik di Tawau, Sabah dan dua lokaliti di Kinabatangan merangkumi Ladang Bukit Mas dan Ladang Linbar 1 dan kesemua lokaliti akan dilanjutkan PKPD bermula 13 Ogos sehingga 26 Ogos ini,” katanya.

Sementara itu, bagi task force operasi pematuhan, beliau turut mengesahkan jumlah mereka yang ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam merekodkan jumlah 190 individu telah ditahan dan daripada jumlah itu, seramai 173 individu dikompaun dan 17 orang lagi telah direman. 

Pada masa sama, Hishamuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong memberitahu, sebanyak 33 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup serta merta kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.