nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MARA Mahu Pastikan Usahawan Tidak Terjejas

12 OGOS: Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyediakan latihan dalam membantu usahawan Bumiputera yang ingin mempelbagaikan cabang serta meluaskan rantaian perniagaan menerusi platform pendigitalan. 

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata, MARA juga mengadakan kerjasama strategik bersama agensi kerajaan dan swasta bagi memastikan usahawan Bumiputera terus kukuh.

Menurut beliau, inisiatif yang dilaksanakan ini bukan sekadar untuk membantu perniagaan untuk kekal bertahan, tetapi juga untuk memastikan peluang pekerjaan dapat terus diwujudkan. 

“Umpamanya, penyewa di premis perniagaan MARA pada hari ini telah membuka peluang pekerjaan kepada lebih 15,000 orang. Jika perniagaan mereka terpaksa ditutup ia secara langsung akan menjejaskan pendapatan pekerja terbabit.

“Kita memang telah sedia maklum ramai usahawan yang terjejas sumber pendapatan kerana krisis ini malahan ada yang terpaksa memberhentikan pekerja kerana tidak mampu membayar upah. 

Abd. Latiff (tengah) mahu memastikan PKS di bawah MARA dibantu dengan semua fasiliti keusahawanan bagi memastikan kelangsungan perniagaan mereka.

“Jadi, saya mahu memastikan PKS di bawah MARA dibantu dengan semua fasiliti keusahawanan yang ada bagi memastikan perniagaan mereka kekal sekaligus tiada guna tenaga yang diberhentikan, “ katanya menerusi kenyataan media selepas mengadakan walkabout ke premis perniagaan di Medan MARA, Kuala Lumpur, hari ini. 

Pada masa sama, beliau turut menyampaikan surat pengecualian bayaran sewaan premis dan cek kemudahan pembiayaan kepada beberapa usahawan berkaitan semasa sesi tersebut.

Dalam pada itu, Abdul Latiff berkata Majlis MARA juga akan memberi pengecualian bayaran sewa premis perniagaan bagi semua penyewanya bermula Julai hingga September ini untuk membantu usahawan yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19 yang melibatkan 5,913 penyewa dengan nilai keseluruhan sebanyak RM14.89 juta.

“Melalui pemberian moratorium dan penjadualan bayaran balik kepada usahawan yang menerima kemudahan pembiayaan perniagaan, sebanyak 10,682 usahawan telah dibantu dengan implikasi kewangan sebanyak RM43.05 juta.

“MARA juga telah meluluskan dana Skim Pembiayaan Prihatin Mikro (S3P), SPiM PENJANA IPTS dan PKS serta Skim Pembiayaan Pengukuhan Perniagaan (SPAK) untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) meneruskan kelangsungan perniagaan mereka yang setakat ini memberi manfaat kepada 2,790 usahawan dengan pembiayaan peruntukan sebanyak RM305.26 juta,” katanya. 

Dalam pada itu, Abdul Latiff memaklumkan lebih 20,000 usahawan telah menerima manfaat inisiatif di bawah pakej pemulihan ekonomi yang dilaksanakan MARA sejak negara dilanda krisis pandemik COVID-19 tahun lalu dan akan berterusan bagi memastikan usahawan dapat terus kekal bertahan dan berdaya saing.

“Sejak tercetusnya pandemik COVID-19 tahun lalu, pihak kementerian melalui MARA telah melaksanakan pelbagai usaha untuk menyokong usahawan dengan pemberian moratorium pembiayaan, pengecualian dan diskaun sewaan premis, mewujudkan skim khas pembiayaan untuk usahawan terkesan. 

“Kementerian juga menaik taraf premis perniagaan bahkan latihan keusahawanan turut digerakkan secara agresif bagi membantu usahawan memasarkan produk secara online dan mengembangkan perniagaan dalam bidang lain yang kurang terkesan akibat pandemik.

“Usaha bagi membantu usahawan terjejas ini diteruskan apabila Perdana Menteri sekali lagi mengumumkan pemberian diskaun 30 peratus ke atas sewaan premis perniagaan MARA bagi tempoh enam bulan bermula Julai hingga Disember 2021 di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH),” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.