nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PM Bentuk Kabinet Yang Bekerja Kepada Rakyat

27 OGOS: Kabinet berasaskan “Keberhasilan dan Prestasi” menteri-menteri mengikut kementerian merupakan satu penegasan yang cuba disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Setiausaha Politiknya, Datuk Syed Mohd Fazmi Sayid Mohammad berkata senarai anggota Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, hari ini menjuruskan kepada pembentukan Jemaah Menteri yang bekerja kepada rakyat.

Menurut beliau, formulasi semula tersebut bukti peka keperluan semasa, lebih bertanggungjawab dan amanah kepada tugas serta berupaya mengembalikan keyakinan rakyat.

“Kabinet ini wajib menunjukkan prestasi dalam masa 100 hari untuk memastikan pelan perancangan berjalan seperti diperlukan dan wajib dibuktikan kepada rakyat dan akan dinilai oleh Perdana Menteri.

“Mengenali Perdana Menteri yang kuat bekerja dan mementingkan tahap prestasi sudah pasti beliau juga mahukan seluruh kabinet di bawahnya mengambil pendekatan sama untuk melihat keputusan diharapkan.

“Jangan kita bazirkan masa yang ada dan merencatkan segala perancangan kerajaan yang akhirnya memberikan kesan kepada rakyat,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri memberikan tempoh 100 hari kepada 31 menteri dan 38 timbalan menteri untuk membuktikan keupayaan masing-masing.

Berikutan itu Ismail Sabri menegaskan, beliau secara peribadi akan memastikan Kabinetnya akan menekankan budaya kerja berprestasi tinggi.

Perdana Menteri berkata beliau juga akan memastikan barisan Kabinet komited menjayakan agenda negara, melalui jalinan kerjasama rentas parti bagi memacu pemulihan ekonomi demi kesejahteraan rakyat.

Dalam pada itu, Mohd Fazmi memaklumkan, ini masa semua pihak untuk bekerja dan polemik politik kepartian harus dihentikan segera untuk memberi peluang sepenuhnya kepada Perdana Menteri 

“Ini perlu dilaksanakan juga agar kerajaan dapat memperbaiki serta menambahbaik segala kekurangan yang ada sebelum ini.

“Kerajaan ini, memerlukan sokongan dan dokongan daripada rakyat untuk memastikan negara berjaya keluar dari pandemik kesihatan dan krisis ekonomi dengan segera sebagai sebuah Keluarga Malaysia,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.