nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKPD 7 lokaliti di Sabah dan Pahang mulai 30 Ogos

28 OGOS: Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan tujuh lokaliti di Sabah dan Pahang akan dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 30 Ogos hingga 12 September ini.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad, berkata empat lokaliti dikenakan PKPD di Sabah ialah Taman Ketiau, Platinum Apartment, Taman Teluk Villa dan PPR Taman Sri Serigai  di Putatan.,

Beliau berkata tiga lokaliti Mukim Hulu Cheka, Jerantut, Pahang dikenakan PKPD ialah Kampung Batu Balai, Kampung Congo dan Kampung Perlok.

“Semua keputusan untuk melaksanakan PKPD berkenaan dibuat selepas MKN mendapat taklimat penilaian risiko jangkitan COVID-19 daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan agensi berkaitan.

“Semua prosedur operasi standard PKPD bagi kawasan terbabit adalah sama seperti diumumkan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Datuk Rodzi Md Saad

Dalam pada itu, Rodzi berkata MKN juga bersetuju untuk melanjutkan pelaksanaan PKPD di beberapa lokaliti di Sabah dan Pahang sehingga 12 September depan.

Beliau berkata PKPD di Kampung Tuhau, Matunggong, Kudat, Sabah yang sepatutnya tamat esok dilanjutkan 14 hari lagi berakhir 12 September. PKPD di lapan lokaliti di Sabah pula akan ditamatkan esok mengikut jadual.

“Lokaliti itu membabitkan Kampung Sungai Pukul dan Kampung Muhibbah Raya masing-masing di Tawau; Kampung Paka Kawiyan dan Kampung Matupang, Ranau serta Perumahan Ladang Excellent Challenger 2, Beluran.

“Turut ditamatkan PKPD esok ialah Pekan Donggongon, Penampang membabitkan Blok G, H, K, L, Megalong serta kawasan Perbandaran Dongongan Fasa 2 selain Kampung Sembirai Lebak Engad, Kota Belud.

“PKPD di Pahang iaitu Kampung Orang Asli Terisu, Pos Terisu, Cameron Highlands dan Kampung Seberang Sungai Ular, Mukim Sungai Karang, Kuantan pula ditamatkan awal esok berikutan sepatutnya tamat pada 4 September ini,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.