nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Integrasi Nasional, Perpaduan Kaum Kunci Kestabilan Negara

31 OGOS : Kesepaduan sosial, integrasi nasional dan perpaduan antara kaum merupakan kunci untuk negara menghadapi apa jua cabaran yang mendatang termasuklah menghadapi badai gelora pandemik COVID-19 yang sedang melanda negara.

Justeru, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah bertitah, perpaduan dan keharmonian rakyat terus menjadi asas kukuh dalam mengekalkan kestabilan, keamanan dan kemakmuran negara.

Seri Paduka Baginda mengajak rakyat mengimbau kembali enam dekad lalu di mana semangat patriotisme dan cintakan tanah air telah menyatu-padukan rakyat, dengan tekad dan iltizam untuk bangkit menentang penjajah sehingga kemerdekaan yang diidamkan menjadi sebuah realiti.

“Sambutan Hari Kebangsaan kali ini merupakan tahun kedua rakyat meraikannya dalam suasana yang masih diselubungi ancaman pandemik COVID-19, namun ianya tidak menghalang dan mematahkan semangat patriotisme dan kesatuan kita untuk terus meraikan hari yang penuh bersejarah ini.

“Justeru, Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa sekiranya semangat dan roh perjuangan enam dekad yang lalu diterap dan disuburkan kembali pada hari ini, nescaya negara juga berupaya untuk merdeka dari ancaman pandemik COVID-19 buat selama-lamanya. 

“Sehubungan dengan itu, Al-Sultan Abdullah menasihati seluruh rakyat agar terus menjaga kesihatan diri dan turut bersatu padu dalam mewujudkan suasana persekitaran yang selamat demi untuk membendung penularan pandemik ini,” titah baginda dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin.

Sultan Abdullah mengingatkan rakyat agar terus patuh kepada SOP COVID-19 yang ditetapkan kerajaan untuk keselamatan semua pihak.

Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda berpandangan bahawa sikap segelintir yang tidak bertanggungjawab dengan melanggar prosedur operasi standard dan peraturan yang telah ditetapkan akan hanya membawa musibah kepada masyarakat dan turut berupaya menggugat pelan pemulihan negara yang telah dirangka.

Oleh yang demikian, Yang di-Pertuan Agong menasihati rakyat menyedari bahawa usaha mengekang pandemik ini memerlukan kesepaduan dan kesatuan seluruh rakyat, pemimpin serta kerajaan dengan menolak perbezaan pendapat dan mengenepikan pertikaian politik agar wujud simbiosis erat antara semuanya dalam berjuang untuk membawa negara merdeka dari pandemik yang melanda.

Bersesuaian dengan tema sambutan Hari Kebangsaan iaitu Malaysia Prihatin, Baginda turut menyeru Kerajaan untuk terus merangka dan menyusun pelan tindakan untuk membantu rakyat yang terkesan dan mengembalikan semula iklim ekonomi yang sihat.

“Al-Sultan Abdullah turut menyeru Program Imunisasi COVID-19 kebangsaan juga hendaklah terus diperkasa bagi membolehkan negara mencapai imuniti kelompok yang diharapkan manakala, rakyat juga sewajarnya turut berpegang teguh kepada prinsip Malaysia Prihatin dengan segera mendapatkan vaksin bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti.

“Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan pada hari ini, Seri Paduka Baginda merakamkan ucapan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan negara, petugas kesihatan, pasukan keselamatan, penjawat awam, para sukarelawan dan orang perseorangan yang telah menabur khidmat bakti kepada masyarakat dan negara.

“Seri Paduka Baginda turut mengajak rakyat untuk mengingati dan menghargai para pejuang dan patriot kemerdekaan negara, serta anggota pasukan keselamatan yang telah berkorban sehingga berjaya menyelamatkan negara daripada belenggu penjajah dan seteru negara, “katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.