nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Isu HSKLU: NGO gesa polis siasat 10 Exco Selangor

6 SEPT: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Otai Reformasi menggesa polis menjalankan siasatan terperinci terhadap 10 Exco Pakatan Harapan Selangor berikutan tindakan mereka meluluskan cadangan menyahwartakan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) bagi tujuan pembangunan.

Berikutan itu, Setiausaha Otai Reformis, Abdul Razak Ismail mengesahkan mereka sudah membuat laporan di Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam, semalam, bagi menyiasat kelulusan penjualan tanah berkenaan di bawah harga pasaran dan tidak masuk akal iaitu RM3 perkaki persegi.

“RM3 sahaja satu kaki persegi?. Harap PDRM segera siasat semua 10 exco kerajaan Selangor yang luluskan pemberian tanah HSKLU seluas 536.7 hektar dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 5 Mei lalu.

“Harga pasaran tanah Cyberjaya 500 meter dari hutan seberang Lebuhraya Elite RM110 satu kaki persegi,” katanya seperti dilaporkan portal FMT hari ini.

Mengulas lanjut, Razak berkata, pihaknya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat selepas melengkapkan beberapa dokumen untuk dihantar kepada agensi itu.

Exco Alam Sekitar, Hee Loy Sian  mengesahkan kerajaan Selangor bersetuju menyahwartakan 536.7 hektar hutan berkenaan untuk dibangunkan.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Exco pada 5 Mei lalu berdasarkan Seksyen 12 Akta Perhutanan Negara 1984.

HSKLU yang diwartakan pada 13 Mei 1927, terletak di mukim Tanjung 12, daerah Kuala Langat mula menjadi perhatian umum susulan notis penyiasatan awam di bawah Seksyen 11 Akta Perhutanan Negara Enakmen (Pemakaian) 1985 (Subkaedah 7(2)) oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor pada awal tahun lalu.

Malah usaha untuk membangunkan tanah kawasan tersebut dibantah hebat NGO alam sekitar dan masyarakat Orang Asli dengan mendesak supaya hutan tersebut diwarta kembali.

Berikutan tekanan itu, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata pihaknya akan membawa isu HSKLU ke Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 8 September ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.