nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Parlimen Harus Bebas – Rais

9 SEPT: Parlimen perlu bebas daripada cengkaman mana-mana pihak selari dengan transformasi yang sedang direncanakan bagi memastikan pemerkasaannya berjaya dicapai.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, tumpuan agenda transformasi adalah kepada Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 atau Akta 347 serta mewujudkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 yang dimansuhkan pada 1992.

Menurut beliau, Parlimen juga tidak boleh lagi dilabelkan sebagai alat mana-mana pihak untuk menghalalkan apa juga yang ingin dilakukan.

“Begitu juga dalam soal kewangan dan pentadbiran kerana sudah tiba masanya Parlimen menentukan kaedah kewangan sendiri. 

Rais mahu Parlimen bebas daripada cengkaman mana-mana pihak seiring dengan transformasi yang sedang dilaksanakan.

“(Di samping) bagaimana ia hendak dibelanjakan juga adalah bidang kuasa sepenuhnya Parlimen,” katanya sempena majlis mengangkat sumpah jawatan enam Ahli Dewan Negara di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, hari ini. 

Enam senator yang mengangkat sumpah lantikan selama tiga tahun ialah Dr Wan Martina Wan Yusoff, Datuk Ajis Sitin, Datuk Juhanis Abd Aziz, Aziz Ariffin, Seruandi Saad dan Fadhlina Sidek.

Dalam pada itu, Rais memaklumkan, Dewan Negara dan Dewan Rakyat bersepakat untuk menambah baik struktur pentadbiran serta kerangka perundangan berkenaan Parlimen. 

Menurut beliau, perkara itu dilaksanakan supaya konsep pengasingan kuasa benar-benar wujud, sekali gus memastikan kewibawaannya dapat diperkasakan.

“Peraturan-Peraturan Mesyuarat juga akan ditambah baik membabitkan aspek perjalanan mesyuarat, disiplin ahli dan memperkuatkan jawatankuasa pilihan khas supaya mempunyai kuasa pelaksanaan.

“Jika semua transformasi berkenaan dilunaskan, banyak hal dan muslihat yang tidak dapat dikawal akan dapat diatasi oleh Parlimen melalui kuasanya,” katanya. 

Terdahulu, Dr Wan Martina adalah pilihan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang berkuat kuasa mulai 24 Ogos lalu hingga 23 Ogos 2024, manakala Ajis dan Juhanis pilihan DUN Pahang yang berkuat kuasa pada 25 Ogos lalu hingga 24 Ogos 2024.

Aziz dan Seruandi pula dipilih DUN Perlis yang berkuat kuasa 26 Ogos lalu hingga 25 Ogos 2024, manakala Fadhlina pilihan DUN Pulau Pinang yang berkuat kuasa pada 1 September lalu hingga 31 Ogos 2024.

Semua mereka mengangkat sumpah senator kali pertama pada majlis berlangsung dalam keadaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.