nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KPWKM sedang gubal RUU Anti-Gangguan Seksual

12 SEPT: Draf Rang Undang-Undang Anti-Gangguan Seksual (RUU AGS) sedang digubal Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) agar tiada lagi kelompongan dalam perundangan sedia ada.

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, pihaknya sentiasa peka dan mengambil serius terhadap isu gangguan seksual yang berlaku dalam masyarakat dan kementeriannya menyedari, wujudnya kekangan dari sudut perundangan dan polisi sedia ada.

“Kekangan itu termasuklah dari segi beban pembuktian yang tinggi, ketiadaan remedi khusus kepada mangsa selain wujudnya isu under-reporting kerana mangsa takut dan malu untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa.

“Berikutan itu, KPWKM sedang mula menggubal draf RUU AGS secara kolektif melalui pasukan projek khas dengan penyertaan pelbagai pihak daripada wakil kementerian dan agensi berkaitan, badan bukan kerajaan (NGO) serta ahli akademik berpengalaman dan berpengetahuan berkaitan perkara ini.

“KPWKM turut mengadakan sesi libat urus termasuk bersama Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia, PROLINTAS, Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, dan Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata sebagai usaha untuk mendapatkan input untuk penggubalan RUU AGS ini,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Rina memaklumkan, pihaknya kini turut bekerjasama erat dengan Jabatan Peguam Negara dan sedang menunggu ‘white bill’ atau kelulusan daripada jabatan berkenaan sebelum RUU itu dapat dikemukakan untuk kelulusan Jemaah Menteri sebelum dibentang di Parlimen yang dijangka pada tahun ini juga.

Justeru, beliau menegaskan bahawa penggubalan RUU ini tetap menjadi keutamaan pihaknya dan walaupun draf itu masih disemak namun kes gangguan seksual yang sedang ditangani kini akan menggunakan pelbagai akta dan peraturan lain.

“Ia termasuklah Kanun Keseksaan [Akta 574], Akta Kerja 1995 [Akta 265], Peraturan 4A, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U (A) 395/1993] dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2018 iaitu Garis Panduan Pengendalian Kes Gangguan Seksual di Tempat Kerja dalam Perkhidmatan Awam.

“Kementerian menggesa mangsa untuk terus tampil membuat laporan segera kerana Akta dan peraturan sedia ada boleh dikuatkuasakan untuk melindungi kepentingan dan keselamatan mangsa,” katanya.

Dalam pada itu, bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai ganggual seksual, Rina berkata kementeriannya melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) juga sedang mempergiatkan program advokasi. 

“Ini adalah untuk mengelakkan perlakuan tidak bermoral itu daripada terus berleluasa sama ada secara fizikal, visual atau sebarang bentuk lain.

“Setakat Julai lalu, terdapat 65 program kesedaran dan advokasi berkaitan gangguan seksual sudah dilaksanakan oleh JPW dengan pembabitan seramai 10,952 peserta dari seluruh negara,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.