nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hamzah Tempelak Pembangkang Isu Polis Larang Masuk Parlimen

14 SEPT: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, menempelak Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) berhubung tindakan polis melarang Ahli Dewan Rakyat memasuki kawasan Kompleks Parlimen pada 2 Ogos lalu.

Hamzah menjelaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terpaksa berbuat demikian demi menyelamatkan nyawa Ahli Dewan Rakyat berkenaan kerana hampir 100 kes positif dikesan berlaku di dalam kawasan Kompleks Parlimen, ketika itu.  

Ahli Parlimen Larut itu berkata, tindakan yang diambil polis pada hari kejadian adalah selaras dengan penguatkuasaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).

“Sebab kita tidak benarkan (Ahli Parlimen memasuki kawasan Parlimen) adalah kerana saya difahamkan ketika itu angka yang positif di Parlimen sudah mencecah 100 kes positif.

“Sebab itulah kita tidak benarkan bukan hanya pembangkang begitu juga Ahli Parlimen penyokong kerajaan juga tidak dibenarkan masuk cuma ahli Parlimen dari kerajaan tidak membuat demonstrasi kerana tidak dibenarkan memasuki Parlimen.

“Parlimen telah ditangguhkan persidangannya. Maka sebab itu apabila arahan untuk tidak dibenarkan masuk, polis mengambil kuasa  mengarahkan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Jadi apa yang menjadi masalah kita di sini?

“Masalahnya adalah sama ada kita nak mendengar dari segi keputusan Akta 342 atau tak nak mendengar.

“Untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara-perkara yang lebih menjadi masalah kepada rakyat iaitu untuk tidak ada berkumpul di mana sebab itu polis melakukan sesuatu demi keselamatan semua pihak,” katanya ketika menjawab beberapa persoalan dibangkitkan oleh Ahli Parlimen pembangkang sebelum sesi Waktu Pertanyaan Menteri bermula di Parlimen hari ini.

Terdahulu, sidang Dewan Rakyat bermula ‘panas’ hari ini apabila pembangkang membangkitkan mengenai kejadian sekatan polis terhadap mereka untuk ke Parlimen pada 2 Ogos lalu.

Perkara itu mula dibangkitkan oleh Ahli Parlimen PH-Jelutong, RSN Rayer, menuntut Yang Dipertuan Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun memberi jaminan bahawa kes seumpama itu tidak berulang, selain meminta Hamzah memberikan penjelasannya.

Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) turut bangun bertanya mengapa beliau juga tidak dibenarkan masuk ke pejabatnya di Parlimen pada hari berkenaan.

Malah, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) turut bangun menyatakan beliau juga tidak dibenarkan masuk ke Parlimen untuk tugas rasmi pada hari berkenaan dan diberi amaran beredar dalam masa dua minit atau ditangkap ketika cuba melepasi sekatan jalan raya.

Sementara itu Azhar dalam penjelasannya menyatakan, beliau tidak mengeluarkan arahan menghalang mana-mana Ahli Parlimen untuk masuk ke Parlimen pada hari berkenaan dan perkara yangt berlaku di luar adalah di luar bidang kuasanya.

Berikutan itu, Hamzah menjelaskan yang pihaknya bersama Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin kini dalam peringkat perbincangan untuk mengurangkan kompaun kepada ahli Parlimen yang berkumpul pada 2 Ogos lalu.

“Tidak ada dua darjat antara ahli Parlimen dengan rakyat lain yang berkumpul sebegitu. Sebab itu kita terpaksa minta maaf, kita bagi kompaun kerana berkumpul yang melanggar undang-undang,” ujarnya.

Bagaimanapun, penjelasan tersebut tidak mampu menenangkan keadaan apabila ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempersoal mengapa kerajaan boleh berkumpul pula di kediaman bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun, persoalan itu tidak dijawab dan diteruskan dengan sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) yang sepatutnya bermula pukul 10 pagi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.