nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Permohonan LDP sertai PN ditolak

2 OKT: Gabungan Parti Perikatan Nasional (PN) sebulat suara menolak permohonan Parti Liberal Demokratik (LDP) Sabah untuk menyertai pakatan berkenaan.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, permohonan itu ditolak selepas mereka mengadakan perbincangan dan setelah mengadakan konsultasi bersama Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan rakan dalam gabungan politik di Sabah.

“Kita ada menerima permohonan daripada LDP tapi permohonan itu tidak diterima. Kita sudah meneliti dan menilai macam mana penyertaan itu boleh menambah baik kedudukan kita atau sebaliknya,” kata Muhyiddin selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Pimpinan BERSATU Sabah di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu, Sabah, hari ini.

Muhyiddin (kiri) hari ini mempengerusikan mesyuarat Badan Pimpinan BERSATU Sabah di Kota Kinabalu.

Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU berkata, pembahagian kerusi bagi dua parti tempatan lain seperti Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah dan Parti Maju Sabah (SAPP) akan dibincangkan di peringkat nasional.

Katanya, keputusan pembahagian kerusi itu akan dibuat setelah mengambil kira semua kepentingan parti-parti lain di dalam PN.

Pada 28 Mac lalu, Majlis Tertinggi LDP meluluskan usul untuk menyertai PN selepas melihat kesungguhan PN yang diterajui oleh Muhyiddin selaku Perdana Menteri pada masa itu.

Sebelum ini, Presiden LDP, Datuk Chin Su Phin berkata, LDP yakin dengan kepimpinan Muhyiddin dalam usahanya memerangi pandemik COVID-19 yang sedang melanda negara.

LDP yang ditubuhkan pada 1989 merupakan bekas parti komponen Barisan Nasional (BN) dan parti ini keluar daripada BN selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 2018.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 tahun lalu, LDP bertanding 46 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.