nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Draf RUU transformasi Parlimen telah diserah kepada kerajaan

4 OKT: Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim, sudah menyerahkan draf Rang Undang-Undang dan Memorandum Jemaah Menteri mengenai transformasi Dewan Rakyat dan Dewan Negara kepada kerajaan.

Rais berkata draf berkenaan diserahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, untuk diteliti dan diluluskan kerajaan, Khamis lalu.

“Paling penting dalam menjayakan usaha ini, Dewan Negara dan Dewan Rakyat sepakat untuk meminda serta memperkasakan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

“Ini juga untuk mengembalikan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 yang dimansuhkan pada 1992, agar konsep pengasingan kuasa antara legislatif dan eksekutif benar-benar dapat dijelmakan seperti termaktub dalam Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan.

“Menerusi langkah ini, Parlimen akan bebas daripada kuasa eksekutif khususnya dalam aspek untuk membuat keputusan dasar dalam soal pelaksanaan pentadbiran dan pengurusan kewangan di Parlimen,” katanya.

Mengulas lanjut, Rais berkata, Peraturan Mesyuarat kedua-dua dewan juga akan dipinda dan ditambah baik meliputi aspek perjalanan mesyuarat, disiplin ahli serta penetapan ke atas Kod Etika untuk Ahli Parlimen.

Menerusi transformasi itu, katanya, Dewan Negara dan senatornya akan diaktivikasikan menerusi pembentukan tiga jawatankuasa pilihan khas yang mempunyai kuasa perundangan.

Jawatankuasa berkenaan ialah Jawatankuasa Pilihan Khas Kesejahteraan Rakyat, Jawatankuasa Pilihan Khas Sosiobudaya, Komunikasi dan Pendidikan serta Jawatankuasa Pilihan Khas Tadbir Urus, Integriti dan AntiRasuah.

“Sudah tiba masanya untuk Ahli Parlimen dipandu dengan Kod Etika agar tidak sesekali menjadikan imuniti dewan sebagai tempat untuk memperlihat sesuatu sikap, perilaku serta tutur kata kurang bertamadun.

“Segala transformasi sedang diusahakan ini selari dengan Memorandum Persefahaman dan Kestabilan Politik ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.