nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan cari jalan terbaik berhubung isu faedah terakru

11 OKT: Kerajaan belum membuat keputusan muktamad mengenai permintaan pelbagai pihak supaya institusi kewangan menghapuskan faedah terakru terhadap peminjam yang terkesan.

Timbalan Menteri Kewangan II Yamani Hafez Musa berkata, berdasarkan perbincangan awal dengan institusi perbankan, penghapusan faedah terakru akan memberi kesan terhadap kewangan sektor terbabit, serta pemegang saham mereka.

Bagaimanapun, Yamani Hafez yang juga Ahli Parlimen BERSATU-Sipitang berkata kerajaan akan berusaha mencari jalan tengah terbaik, agar tidak membebankan kesemua pihak yang terlibat.

“Berkenaan dengan pengecualian faedah terakru dalam MoU (Memorandum Persefahaman) Transformasi dan Kestabilan Politik, kepada 50 peratus rakyat Malaysia terbawah, perkara ini sedang diperincikan oleh institusi perbankan, kesan terhadap kewangan mereka, dan kepentingan pemegang saham.

“Satu rumusan akan diusahakan dan akan diumumkan kelak. Perlu saya sebut kerajaan sentiasa prihatin, dan akan pertimbangkan. Tetapi sebarang bentuk bantuan kerajaan harus berhemah, setara, dan mengambil kira kesan jangka panjang terhadap faktor pihak berkepentingan,” katanya.

Yamani Hafez berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen BN-Jempol, Datuk Salim Sharif yang mahu mengetahui Menteri Kewangan menyatakan implikasi faedah terakru kepada para peminjam menerusi moratorium, dan kesediaan Kerajaan untuk menghapuskan faedah terbabit.

Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH – Kuala Selangor) pula, Yamani Hafez berkata, pengecualian faedah terakru mempunyai beberapa implikasi tambahan, bukan sahaja kepada institusi perbankan, tetapi juga kepada kewangan negara.

“Penilaian penarafan bank kita juga akan terjejas dan diturunkan, melihat keupayaan mereka untuk jana keuntungan nanti lebih lemah.

“Ini menyebabkan kos pinjaman lebih mahal, dana tinggi ini akhirnya ditanggung peminjam di masa akan datang.

“Akibatnya juga banyak lagi, tetapi salah satu daripadanya pengecualian ini akan menyebabkan bank untuk hadapi kesukaran dalam bayar dividen kepada pelabur serta dana institusi simpanan awam seperti KWSP, KWAP, PNB, LTAT, dan Tabung Haji,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.