nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Aktiviti rentas negeri dibimbangi jadi punca lonjakan kes

23 OKT : Kementerian Kesihatan (KKM) semalam, mengunjurkan purata kes sebanyak 7,576 untuk tempoh lima hari akan datang ekoran aktiviti rentas negeri yang dibimbangi menjadi punca utama lonjakan kes harian baharu COVID-19 dalam negara dalam tempoh terdekat ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberitahu perkara berkenaan pada sidang media semalam berkata, tiga negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Sembilan mencatat peningkatan sejak kerajaan menarik semula sekatan rentas negeri pada 11 Oktober lepas.

Kelmarin, KKM melaporkan kes harian baharu sebanyak 6,210 kes termasuk 42 kes import di mana kes harian paling rendah untuk tempoh rangkuman mingguan 16 Oktober hingga 21 Oktober dilaporkan pada 18 Oktober iaitu 5,434 kes.

Kali terakhir angka kes harian baharu pada sekitar 5,000 kes adalah pada 28 Jun 2021 iaitu sebanyak 5,218 kes.

Sejak hampir sebulan lepas, jumlah kes sembuh terus mengatasi angka kes harian baharu membantu menurunkan kes aktif COVID-19 dengan kebolehjangkitan dalam negara.

Semalam, kes sembuh sebanyak 7,630 kes, menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 2,311,213 kes (95.5 peratus), sementara kes kumulatif COVID pula sebanyak 2,420,222 kes.

Data COVIDNOW KKM semalam, menunjukkan kes aktif COVID-19 dengan kebolehjangkitan menurun kepada 80,697 kes.

Untuk rekod, kes aktif COVID-19 dengan kebolehjangkitan semalam adalah sebanyak 201,274 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam perkongsian di laman Facebook peribadi beliau pada 19 Oktober lepas, mengingatkan agar semua pihak kekal mengamalkan tindakan kesihatan awam kendiri dengan penuh disiplin.

“Setiap individu bertanggungjawab memelihara kesihatan mereka, keluarga, dan masyarakat sekeliling. Inisiatif menjalankan ujian kendiri sangat digalakkan apabila seseorang individu bergejala dan/atau sebelum melakukan perjalanan pulang ke kampung halaman bagi melindungi orang lain di sekeliling.Tingkatkan penilaian kendiri TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, and Seek), ” nasihat beliau.

Dengan kes kumulatif 2,420,222 kes, Malaysia kini di tangga 20 daripada 223 negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19.

Di hadapan Malaysia ialah Ukraine (2,725,385 kes) dan Filipina (2,745,889 kes).

Sementara itu, Dr Noor Hisham melaporkan, pada 19 Oktober lepas, sebanyak 134 kes baharu, dikaitkan dengan Variant of Concern (VOC), iaitu 132 kes varian Delta (B.1.617.2); dan dua (2) kes varian Beta (B.1.351).

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 2,386 kes.

Daripada jumlah yang dikesan itu, 2,366 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.