nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bank sedia runding bayaran balik peminjam terjejas COVID-19

27 OKT: Kerajaan memberi jaminan bahawa pihak bank bersedia untuk memberi bantuan bayaran balik pinjaman kepada mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Timbalan Menteri Kewangan, Mohd Shahar Abdullah berkata permohonan Moratorium di bawah PEMULIH juga masih dibuka kepada peminjam yang memerlukan dan mereka hanya perlu menghubungi bank masing-masing.

Beliau berkata sekiranya peminjam menghadapi kesukaran semasa berurusan dengan pihak bank atau  permohonan bantuan bayaran balik pinjaman ditolak, mereka boleh menghubungi Bank Negara Malaysia secara terus melalui BNM TELELINK di talian 1-300-88-5465.

“Bagi peminjam lain yang juga terkesan dan memerlukan bantuan bayaran balik pinjaman selepas pakej PEMULIH tamat, bank-bank akan terus menyediakan pakej bantuan termasuk pengurangan bayaran ansuran bulanan mengikut kemampuan peminjam.

“Peminjam juga boleh memohon pelbagai program yang ditawarkan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (atau AKPK), seperti Program Pengurusan Hutang (atau dengan izin, Debt Management Programme), Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil (atau Small Debt Resolution Scheme) dan Skim Sokongan Daya Tahan Kewangan (atau Financial Resilience Support Scheme),” katanya ketika sesi jawab lisan di Parlimen hari ini.

Mohd Shahar Abdullah

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen PH- Shah Alam, Khalid Abd Samad meminta Menteri Kewangan  menyatakan adakah kerajaan bakal melanjutkan pemberian moratorium kepada individu dan perusahaan. Khalid juga ingin tahu adakah kerajaan akan memperkenalkan pemberian moratorium tanpa faedah terakru.

Mengulas lanjut, Mohd Shahar berkata semua program berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama dan sokongan institusi perbankan, dan mempunyai ciri-ciri seperti ansuran bulanan yang  berkurangan, pelanjutan tempoh bayaran balik dan program sokongan daya tahan kewangan.

Terdahulu, Shahar berkata pada 14 Oktober 2021, industri perbankan telah mengumumkan Skim Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (atau URUS) bagi golongan 50 peratus terbawah kumpulan pendapatan (atau B50) iaitu isi rumah berpendapatan sehingga RM5,880 yang masih terkesan akibat pandemik COVID-19.

Beliau berkata skim yang menyeluruh ini bukan sahaja membantu peminjam membuat pembayaran balik pinjaman mengikut kemampuan mereka, malah peminjam juga mendapat manfaat menerusi nasihat pengurusan kewangan yang boleh meningkatkan daya tahan kewangan mereka dalam jangka masa panjang.

“Di bawah program ini, peminjam golongan B50 yang memenuhi syarat akan mendapat pengecualian faedah selama
tiga bulan dan juga pilihan untuk mengurangkan bayaran ansuran pinjaman sehingga 24 bulan keseluruhannya,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.