nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KPM siap sedia sekolah jadi pusat undi di PRN Melaka

1 NOV: Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, mengesahkan Kementerian Pendidikan (KPM) belum menerima permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggunakan sekolah sebagai pusat pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.

Radzi yang juga Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata pihaknya masih menunggu permohonan rasmi daripada SPR bagi tujuan itu.

“Sekolah biasanya digunakan sebagai pusat mengundi dan apa sahaja bantuan diperlukan SPR dalam konteks penggunaan sekolah sebagai sebahagian daripada logistik pilihan raya, insya-Allah kita akan beri sokongan sebaiknya.

“Setakat ini, belum ada permintaan daripada SPR bagi penggunaan sekolah,” katanya selepas menghadiri sesi libat urus KPM di Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Molek, hari ini.

Sebelum ini, Radzi dilaporkan berkata, pelaksanaan PRN Melaka tidak akan menjejaskan operasi persekolahan dan KPM sedia bekerjasama dengan SPR dalam menyediakan kemudahan diperlukan.

Dalam pada itu, Radzi berkata beliau yakin pucuk kepimpinan parti berupaya berunding bersama UMNO dan PAS ke arah menjalinkan kerjasama politik pada PRN Melaka.

“Perikatan Nasional (PN) bersedia dalam apa juga keadaan menghadapi PRN Melaka,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.