nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PETRONAS untung lebih RM80 bilion

21 NOV: Penetapan pembayaran dividen PETRONAS kepada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM25 bilion pada tahun ini adalah bergantung kepada keuntungan diperoleh syarikat petroleum negara terbabit.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pada peringkat awal PETRONAS menetapkan pemberian dividen kepada kerajaan berjumlah RM18 bilion pada 2021 sebelum menambah lagi RM7 bilion menjadikan jumlah keseluruhan dividen menjadi RM25 bilion dividen dibayar kepada Kerajaan Persekutuan pada tahun ini.

Mustapa yang juga Ahli Parlimen BERSATU-Jeli berkata pemberian dividen berkenaan sudah melalui proses tertentu termasuk kelulusan pengurusan dan diperakui sendiri oleh Ahli Lembaga Pengarah PETRONAS.

“Keputusan kenaikan kadar dividen kepada Kerajaan Persekutuan berkenaan mempunyai kaitan dengan keuntungan PETRONAS pada separuh tahun ini yang mencecah lebih RM80 bilion.

MUSTAPA

“Mana-mana syarikat pun akan memberikan dividen berdasarkan keuntungan tahunan, begitu juga PETRONAS yang mempunyai kaitan dengan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia yang meningkat kepada lebih AS$69 setong, sejak Januari 2021.

“Kita tidak pasti apa berlaku pada masa depan, namun jika harga harga minyak mentah di pasaran global terus meningkat maka ia akan memberikan kesan baik bukan hanya kepada PETRONAS, malah negara dan syarikat minyak dan gas di seluruh dunia,” katanya ketika menjawab soalan tambahan di Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen PAS-Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi yang bertanyakan sama ada pemberi dividen sebanyak RM25 bilion kepada Kerajaan Persekutuan tahun ini akan menjejaskan prestasi dan operasi PETRONAS.

Terdahulu, Mustapa berkata PETRONAS tidak perlu melaporkan segala urus niaganya kepada Parlimen kerana tiada peruntukan undang-undang mewajibkannya berbuat demikian.

Mustapa berkata ini kerana segala urus niaga dan akaun PETRONAS adalah menjadi rahsia syarikat petroleum nasional negara terbabit.

Bagaimanapun, Mustapa berkata laporan kewangan tahunan yang diumumkan PETRONAS setiap suku tahun atau tiga bulan sekali bukanlah satu rahsia dan boleh diakses orang ramai melalui laman web rasminya.

“Kenapa PETRONAS tidak melaporkan kepada Parlimen adalah kerana ia tidak diperuntukan mengikut undang-undang atau akta memaksanya berbuat demikian.

“Tidak dibentangkan di Parlimen tidak bermakna kita tidak tahu operasi PETRONAS atau kita nak rahsiakan apa-apa. Walaupun PETRONAS bukan syarikat senarai awam di Bursa Malaysia, namun mereka sentiasa secara sukarela menghebahkan prestasinya yang sentiasa membanggakan,” katanya.

Beliau menjawab soalan asal dikemukakan oleh Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Madius Tangau yang minta Perdana Menteri menyatakan kenapakah laporan prestasi kewangan PETRONAS melalui laporan tahunan dirahsiakan dan tidak melaporkan kepada Parlimen sejak dari mula beroperasi sehingga sekarang.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.