nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KKMM capai KPI 100 peratus

25 NOV: Tan Sri Annuar Musa, melahirkan rasa bersyukur dan puas hati dengan kejayaan Kementerian Komunikasi dan Multimedia berjaya mencapai Indeks Petunjuk Utama (KPI) 100 peratus seperti ditetapkan kerajaan.

Sebagai contoh, Annuar berkata jumlah penggiat industri yang kembali aktif meningkat dua kali ganda iaitu melebihi 3,900 syarikat memperbaharui dan membuat permohonan baharu berbanding anggaran asal hanya 2,000 syarikat.

Pada permulaannya, KKMM meletakkan KPI supaya sekurang-kurangnya lebih 2,000 usahawan berkaitan dengan industri seni kreatif dan perfileman dapat beroperasi selepas sektor ekonomi dibuka semula.

“Justeru, KKMM amat teruja untuk menyertai pameran mengenai pencapaian 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) nanti.

Annuar melancarkan portal MyDIGITAL.KKMM di Putrajaya hari ini.

“Malah seluruh Keluarga Malaysia berpeluang untuk mengetahui pencapaian 100 hari Menteri Kabinet dan Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menerusi pameran secara interaktif di portal MyDIGITAL.KKMM, mulai 9 hingga 12 Disember ini,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan portal itu di Putrajaya sebentar tadi.

Annuar berkata semua kementerian akan mengambil bahagian bagi mempamerkan pencapaian 100 hari dicapai mereka di bawah kerajaan baharu.

Menurutnya, pameran itu secara tidak langsung dapat mempromosikan lagi portal MyDIGITAL.KKMM kepada seluruh Keluarga Malaysia terutama menerusi kaunter kementerian.

“Kita tidak menetapkan sasaran angka berapa ramai pengunjung tetapi sesiapa sahaja atau rakyat boleh mendapatkan segala maklumat di portal MyDIGITAL.KKMM.

“Bagaimanapun, kita akan sentiasa memantau portal MyDIGITAL.KKMM bagi melihat berapa ramai melayarinya sebagai petunjuk mengenai keberkesanannya,” jelasnya.

Terdahulu, Annuar berkata tujuan utama pelancaran portal MyDIGITAL.KKMM bagi memperkenalkan, mempromosikan dan mempamerkan pelbagai teknologi digital dan jalur lebar secara menyeluruh kepada Keluarga Malaysia.

Annuar berkata portal berkenaan dirangka khusus untuk membolehkan segala maklumat berhubung promosi jalur lebar dapat disatukan bukan hanya di peringkat KKMM, malah semua kementerian lain untuk mempamerkan program pendigitalan.

Beliau juga berharap kewujudan portal berkenaan dapat memberikan peluang kepada semua kementerian dan agensi kerajaan serta syarikat telekomunikasi (Telco) untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat secara lebih berkesan dan berterusan.

“Sebagai percubaan portal MyDIGITAL.KKMM akan mempamerkan dan mempromosikan teknologi digital dan jalur lebar secara maya selama tiga bulan, mulai hari ini.

“Apabila rakyat melayari portal MyDIGITAL.KKMM mereka boleh lihat ada pelbagai program interaktif sepanjang masa, sekali gus mengoptimumkan penyampai segala maklumat dengan lebih berkesan,” katanya

Get real time updates directly on you device, subscribe now.