nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KKM kesan 13 lagi penyakit berjangkit babit mangsa banjir

12 JAN : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan sebanyak 2,455 kes penyakit berjangkitan membabitkan jangkitan saluran pernafasan Akut (ARI), penyakit kulit dan Acute Gastroenteris (AGE) dikesan dalam kalangan mangsa banjir sejak bermulanya bencana tersebut Disember lalu, selain konjunktivitis dan penyakit tangan kaki serta mulut (HFMD).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM juga telah mengesan 13 lagi penyakit berjangkit bagi ketiga-tiga penyakit tersebut di kalangan mangsa banjir hari ini, bagaimanapun tiada kes baharu positif COVID-19 dikesan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kalangan mangsa banjir, hari ini.

“Sebanyak 470 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat ini membabitkan mangsa banjir. Tiada pertambahan kluster baharu dilaporkan hari ini dalam kalangan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) menjadikan jumlah keseluruhan kluster dikesan masih lagi satu saja. Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di PPS juga kekal 15 kes,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan media hari ini.

Sementara itu, Dr Noor Hisham melalui kenyataan itu turut menasihati mangsa banjir agar memaklumkan status risiko COVID-19 kepada anggota penyelamat sekiranya telah disahkan positif sebagai kontak rapat supaya tindakan sewajarnya dapat diambil ketika proses pemindahan dan penyelamatan dibuat.

“Selain itu, mangsa banjir juga diminta patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) dan amalan norma baharu ketika proses pemindahan dan sepanjang tempoh berada di PPS. Elakkan berkumpul beramai-ramai dalam kalangan mangsa banjir ketika di PPS, selain memakai pelitup muka seperti ditetapkan. ” katanya.

“Selain itu Elakkan diri bermain atau meredah air banjir dan elak minum air serta makan makanan tercemar, selain menjaga kebersihan kawasan PPS bagi mengelak penyakit bawaan vektor.

“Sekiranya bergejala, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran terutama bagi individu berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak, wanita hamil dan individu mempunyai komorbiditi. Petugas perubatan di semua fasiliti kesihatan perlu lebih berwaspada terhadap gejala penyakit,”ujarnya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut dan kemas kini mengenai info bencana banjir, layari laman sesawang https://infobencanajkmv2.jkm.gov.my/portal/index, katanya lagi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.