nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Reprentasi isteri ahli politik gugur kes dadah ditolak

23 FEB : Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi dikemukakan oleh isteri bekas Ketua Pemuda BERSATU, Adam Asmuni, bagi menggugurkan tiga pertuduhan mengedar dan menanam dadah jenis kanabis yang dihadapinya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Ameera Sam, memaklumkan perkara itu ketika kes Lyiana Roslee disebut di hadapan Majistret Farah Nasihah Anuar di Mahkamah Majistret Ampang di sini, hari ini.

“Pihak pembelaan menghantar representasi dan ia ditolak, maka pertuduhan terhadap Lyiana kekal di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya yang turut memohon satu tarikh untuk menyediakan izin bagi memindahkan kes pasangan suami isteri itu ke Mahkamah Tinggi.

Peguam Nur Mustanir Md Nor yang mewakili Lyiana dan turut menyebut bagi pihak peguam Adam yang tidak dapat hadir ke mahkamah, berkata beliau dimaklumkan laporan kimia sudah siap namun kes itu belum dipindahkan.

“Saya mohon tarikh sebutan terakhir hanya untuk memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi memandangkan penyediaan izin di pihak pendakwaan tidak membabitkan proses rumit kerana laporan kimia telah siap,” katanya.

Mahkamah menetapkan 11 Mac untuk sebutan kes.

Adam tidak mengemukakan representasi kepada AGC dan hanya Lyiana berbuat demikian tahun lalu.

Lyiana, 35, dan Adam, 36, didakwa pada 16 Februari 2021 namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu membabitkan hukuman mati yang berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, mereka didakwa mengedar 1.58 kilogram kanabis dan 7.87 liter cecair dadah jenis sama di sebuah rumah di Duta Residensi, Ampang pada 7.30 malam 20 Januari 2021.

Bagi kedua-dua kesalahan, ahli perniagaan dan suri rumah itu didakwa mengikut Seksyen 39(B)(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau gantung sampai mati.

Jika tidak dihukum mati, hendaklah disebat tidak kurang 15 kali, jika sabit kesalahan.

Mereka juga didakwa menanam sembilan pokok disyaki ganja di tempat, tarikh dan masa sama mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya dan boleh dihukum mengikut Seksyen 6(A)(3) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.