nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini

30 MAC : Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu berikutan terdapat aktiviti belian saham pada harga rendah, mengambil petunjuk daripada prestasi Wall Street semalaman apabila pelabur menyambut baik perkembangan positif daripada rundingan damai antara Russia dan Ukraine.

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.86 mata kepada 1,585.28 daripada 1,583.42 semasa ditutup pada Selasa.

Indeks barometer dibuka tinggi 2.13 mata kepada 1,585.55.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 192 berbanding 123 manakala 193 kaunter tidak berubah, 1,784 tidak diniagakan dan 88 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 2.40 bilion bernilai RM1.87 bilion.

Malacca Securities Sdn Bhd, dalam nota penyelidikan hari ini berkata pihaknya menjangka pemulihan dalam bursa tempatan.

“Sementara itu, mengenai harga komoditi, minyak mentah Brent diniagakan lebih rendah pada sekitar paras US$110 setong manakala harga minyak mentah sawit (MSM) dalam sekitar RM6,000 (satu tan),” katanya.

Bagi sektor yang menjadi tumpuan, berdasarkan harga minyak mentah dan MSM yang masih dalam jajaran kecil, katanya peniaga dijangka mengelak sektor tenaga dan perladangan manakala saham teknologi dijangka memanfaatkan petunjuk positif daripada Nasdaq semalaman.

“Selain itu, peniaga dijangka memberi tumpuan kepada saham yang mencatatkan pemulihan seperti saham pengguna, kewangan, pelancongan dan penerbangan dengan jangkaan pembukaan semula sempadan pada Jumaat ini,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat tiga sen kepada RM8.93, Public Bank dan CIMB, masing-masing menambah satu sen kepada RM4.64 dan RM5.33, Petronas Chemicals merosot dua sen kepada RM9.56 dan IHH Healthcare tidak berubah pada RM6.19.

Daripada saham aktif, Sapura Energy dan BSL, masing-masing berkurangan setengah sen kepada 3.5 sen dan 16.5 sen manakala CSH Alliance, SMTrack, Pasukhas dan Widad, masing-masing tidak berubah pada 15 sen, lapan sen, dua sen dan 35.5 sen.

Di papan indeks, FBM 70 naik 93.63 mata kepada 13,719.07, Indeks FBM Emas meningkat 25.0 mata kepada 11,343.88, Indeks FBM Emas Shariah naik 20.43 mata kepada 11,914.75, Indeks FBMT 100 menambah 27.54 mata kepada 11,029.76 dan FBM ACE meningkat 54.75 mata kepada 5,613.14.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.25 mata kepada 203.90 dan Indeks Perladangan berkurangan 10.81 mata kepada 7,976.91 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 52.95 mata kepada 16,720.30.– BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.