nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

AirAsia mohon maaf sebab kelewatan penerbangan

10 MEI: AirAsia mengambil maklum dan memohon maaf kepada pelanggan yang mengalami kesulitan akibat penjadualan semula beberapa penerbangan susulan peningkatan permintaan mendadak pada musim perayaan kali ini.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat, berkata beberapa faktor dan insiden yang tidak dapat dielakkan mengakibatkan kelewatan di luar jangkaan serta kawalan syarikat penerbangan itu.

“Kami berusaha sedaya upaya memastikan kesan gangguan paling minimum untuk semua pelanggan dan memastikan semua dapat tiba di destinasi masing-masing dengan cepat termasuk melancarkan penerbangan khas untuk membawa penumpang yang terkandas,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata, antara faktor yang menyumbang kepada penjadualan semula penerbangan semasa musim perayaan ini permintaan untuk penerbangan domestik meningkat dengan sangat mendadak dan pembukaan sempadan negara sejak 1 April lalu.

“AirAsia Malaysia juga kini beroperasi hanya dengan 40 pesawat berbanding hampir 100 pesawat semasa prapandemik. Ini disebabkan giliran menunggu yang panjang untuk kemudahan penyelenggaraan pesawat di Malaysia dan serantau sebelum sesebuah pesawat yang sudah lama tidak beroperasi dapat disahkan selamat untuk terbang semula seperti mana arahan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia,” katanya.

Riad berkata, selain kerosakan dan masalah teknikal lazim yang ditemui semasa proses pemeriksaan rutin, berlaku insiden luar jangka seperti pintasan burung, kerosakan akibat objek asing serta panahan petir sehingga menyebabkan tiga hingga lima pesawat terpaksa dikeluarkan daripada jadual sepanjang tempoh perayaan ini.

Beliau berkata, keutamaan AirAsia buat masa ini meminimumkan pembatalan penerbangan dan memastikan semua pelanggan tiba di destinasi masing-masing dengan selamat.

Katanya, setiap perubahan pada jadual penerbangan akan dimaklumkan kepada tetamu melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas ke nombor telefon yang didaftarkan semasa tempahan tiket.

Sekiranya memerlukan maklumat atau bantuan lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian sembang AVA melalui AirAsia Super App atau laman sesawang airasia.com atau ke kaunter perkhidmatan AirAsia di lapangan terbang terdekat. – BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.