nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pesakit COVID-19 naik 20 peratus di hospital awam

13 JUN: Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk di negara ini, meningkat sebanyak 20 peratus pada Minggu Epidemiologi 23/2022 (ME 23/2022) dari 5 hingga 11 Jun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kemasukan pesakit ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) awam bagi setiap 100,000 penduduk bagaimanapun menurun sebanyak 10 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Selain itu, beliau berkata, jumlah pesakit jangkitan Kategori Satu dan Dua juga meningkat sebanyak 33.3 peratus, manakala Kategori Tiga hingga Lima pula naik sembilan peratus.

“Penggunaan katil bukan kritikal pula meningkat sebanyak lapan peratus; katil Unit Rawatan Rapi (ICU) menurun 17 peratus; dan katil PKRC Berisiko Rendah naik 200 peratus. Bilangan kes memerlukan alat bantuan pernafasan menurun 20 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, bilangan kes positif di seluruh negara yang dipantau Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) mencatatkan penurunan.

“Bilangan pesakit ke CAC menurun sebanyak 8.7 peratus, dan kes baharu COVID-19 yang menjalani pemantauan di rumah menurun 0.5 peratus. Namun, kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke PKRC atau hospital meningkat sebanyak 51.9 peratus.

“Statistik kes aktif harian COVID-19 yang dipantau secara maya (CAC Maya) pada akhir ME 23/2022 menunjukkan peningkatan sebanyak enam peratus kepada 21,591 kes berbanding 20,363 pada minggu sebelumnya,” katanya.

Secara keseluruhan, Dr Noor Hisham memaklumkan, bilangan kes sembuh pada ME 23/2022 menurun sebanyak 21.7 peratus kepada 10,806 kes berbanding 13,797 minggu sebelumnya.

“Bilangan kes baharu COVID-19 pada ME 23/2022 meningkat 0.4 peratus (daripada 11,052 kepada 11,096 kes); kes tempatan naik 0.5 peratus (daripada 11,022 kepada 11,076 kes); dan kes import menurun 33.3 peratus (daripada 30 kepada 20 kes).

“Selain itu, kes kematian menurun 3.8 peratus (daripada 26 kepada 25 kes), manakala purata kes aktif setiap hari bagi ME 23/2022 ialah 22,013 kes (menurun 5.5 peratus berbanding minggu sebelumnya),” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara pada ME 23/2022 mendapati kadar positif sampel kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) bagi COVID-19 menurun kepada 3.8 peratus berbanding 10.9 peratus pada ME 22/2022.

“Kadar positif sampel Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) bagi COVID-19 pada ME 23/2022 meningkat kepada 8.8 peratus berbanding 6.8 peratus minggu sebelumnya,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.