nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tawaran masuk TVET KEMAS kini dibuka

13 JUN: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan sejumlah RM1.9 juta untuk Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menerusi institusi di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Timbalan Menteri 1 Pembangunan Luar Bandar, Datuk Sri Abdul Rahman Mohamad berkata program TVET KEMAS akan memberikan peluang kepada golongan B40 untuk menjalani latihan TVET sekali gus mampu menambah pendapatan keluarga.

“Peruntukan TVET KEMAS merangkumi bimbingan, kursus dan biasiswa yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan untuk golongan berpendapatan rendah menerusi kursus dalam industri tekstil dan fesyen yang dilihat mempunyai potensi besar di Malaysia.

“Justeru, KEMAS akan membuka tawaran kepada masyarakat Malaysia berusia antara 18 hingga 30 tahun yang berminat untuk mengikuti sijil dan diploma dalam bidang pembuatan pakaian wanita dan pentadbiran fesyen di Akademi Kemahiran KEMAS Seri Iskandar Perak mulai sekarang hingga 26 Jun 2022,” katanya.

Abdul Rahman (kanan) pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KEMAS Negeri Pahang di Genting Highlands hari ini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KEMAS Negeri Pahang di Genting Highlands hari ini.

Tambahnya, Akademi Kemahiran KEMAS Seri Iskandar ini telah melahirkan seramai 1,414 individu yang memiliki Diploma yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia yang diiktiraf sejak tahun 2007.

“Jika dahulu kelas-kelas jahitan yang dilaksanakan oleh KEMAS di kampung-kampung hanya untuk suri rumah belajar menjahit langsir, baju kurung tapi kini kita telah kembangkan sehingga ke tahap Diploma
sekaligus pensijilan ini diiktiraf untuk menceburi industri tekstil di negara ini.

“Peluang pengajian dibuka kepada belia dan beliawanis yang berada di luar bandar dengan keutamaan dari kalangan keluarga yang berpendapatan rendah dan turut ditawarkan kepada pelatih dari Agensi Kementerian dan lain-lain seperti KEDA, JAKOA, IKBN dan GiatMara merangkumi 279 institusi TVET KPLB untuk melanjutkan pengajian,” katanya.

Turut hadir, Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Mohamad Yasid Bidin, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan dan Pembangunan, Rafea’ah Mohd Nahar dan Pengarah KEMAS Pahang, Zainal Abidin Ali.

Program TVET yang dilaksanakan oleh Akademi Kemahiran KEMAS Seri Iskandar diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia dalam bidang jahitan pakaian
tahap Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 2 dan 3, Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) tahap 4 dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) tahap 5.

Manakala Akademi Kemahiran KEMAS Gopeng Perak pula menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bidang Pembuatan Pakaian Lelaki dan Pembuatan dan Penyediaan Makanan Tahap 2 dan 3.

Abdul Rahman turut memaklumkan kementeriannya akan menganjurkan Expo TVET@KPLB pada 23 hingga 25 Jun 2022 di Dataran Amanjaya Mall Sungai Petani Kedah yang akan dirasmikan oleh Menteri
Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid sekali gus membuka peluang untuk belia dan beliawanis di negara ini mengetahui dan menceburi pendidikan TVET di bawah institusi pendidikan KPLB dan Agensi seluruh negara.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.