nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan hilang RM4.8 bilion daripada pengecualian cukai SST beli kenderaan

16 JUN : Pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada masa ini untuk pembelian kenderaan yang mula diumumkan pada 5 Jun 2020 dan dijangka berakhir pada 30 Jun 2022 telah menyebabkan kehilangan hasil sebanyak RM4.8 bilion setakat ini.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pengecualian SST telah dilanjutkan sebanyak tiga kali dan kementerian kini sedang mengkaji impaknya dan mempertimbangkan tindakan seterusnya.

“Kehilangan hasil sebanyak RM4.8 bilion adalah jumlah yang besar yang boleh digunakan untuk disalurkan membantu rakyat untuk keperluan mereka.

“Kami perlu mengkaji dengan teliti perkara itu. Jika kami memutuskan untuk melanjutkan tiga bulan lagi, kami akan kehilangan sekurang-kurangnya RM1.2 bilion dan jika kami melanjutkan untuk tempoh enam bulan lagi, kami akan kehilangan kira-kira RM2.5 bilion,” katanya kepada pemberita di luar acara Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) untuk melancarkan pelan hala tuju strategik 2022 hingga 2026 di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan juga memerlukan lebih banyak hasil untuk menyediakan lebih banyak subsidi kepada rakyat bagi mengekang inflasi.

Mengenai kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas oleh Rizab Persekutuan pada Rabu, katanya ia telah dijangka dan kenaikan itu telah diambil kira oleh pasaran berikutan inflasi di Amerika Syarikat (AS) agak tinggi melebihi lapan peratus.

“Sebarang langkah oleh negara-negara maju seperti AS, Eropah dan China ternyata akan memberi impak global dan Malaysia sebagai ekonomi terbuka tidak terkecuali.

“Jangkaan pada masa ini ialah ekonomi AS masih akan berkembang tetapi dijangka perlahan. Bagaimanapun, kami akan terus memantau impak daripada perkembangan ini terhadap ekonomi Malaysia,” katanya.

tengku zafrul
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

Beliau berkata kadar faedah Malaysia masih rendah, justeru perlu mempertimbangkan keperluan campur tangan monetari dan fiskal untuk melindungi rakyat daripada kesan inflasi yang tinggi.

Tengku Zafrul berkata walaupun langkah ekonomi global akan memberi impak, asas ekonomi Malaysia masih kukuh untuk mengurangkan impaknya.
Mengenai pergerakan ringgit berikutan kenaikan kadar faedah AS, katanya ringgit bagaimanapun mengukuh semalam.

“Pergerakan ringgit bergantung kepada aliran masuk dan aliran keluar, bagaimanapun kami tidak terlalu bimbang mengenainya. Kenaikan kadar AS bukan hanya menjejaskan ringgit tetapi juga mata wang lain.
“Insya-Allah, seperti yang kita lihat, ringgit mengukuh,” katanya.- BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.