nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia tingkat daya tahan hadapi perubahan iklim

21 JUN: Kerajaan akan melaksanakan tiga tindakan sebagai hala tuju pengurusan banjir bagi meningkatkan daya tahan dan kesediaan negara menghadapi impak perubahan iklim.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini berikutan Malaysia terdedah kepada impak perubahan iklim seperti hujan lebat yang mengakibatkan fenomena banjir besar.

Katanya, ia kerana iklim Malaysia berkelembapan tinggi di samping bentuk muka buminya yang turut menyumbang kepada fenomena tersebut.

Pelan Adaptasi Kebangsaan merangkumi pelan tindakan dan strategi jangka panjang serta strategi pembangunan kebangsaan untuk sektor kesihatan awam, infrastruktur, keselamatan dan sumber air, pertanian serta perhutanan dan biodiversiti.

“Antara tindakan yang akan dilaksanakan ialah membangunkan Pelan Adaptasi Kebangsaan (MyNAP) yang merangkumi pelan tindakan dan strategi jangka panjang dan strategi pembangunan kebangsaan untuk sektor kesihatan awam, infrastruktur, keselamatan dan sumber air, pertanian serta perhutanan dan biodiversiti.

“Selain itu, menggalakkan kerajaan negeri mengguna pakai Indeks Adaptasi Perubahan Iklim Malaysia bagi meningkatkan respons kepada impak perubahan iklim.

“Mengintegrasi faktor perubahan iklim dalam peringkat perancangan, reka bentuk serta pelaksanaan projek sektor air dan infrastruktur bagi mengurangkan risiko bencana banjir,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, keputusan itu dicapai menerusi Mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim Malaysia (MyCAC) ketiga yang dipengerusikannya secara dalam talian, hari ini.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, cadangan penggunaan kenderaan elektrik (EV) dalam penganjuran acara besar turut dibincangkan dalam mesyuarat MyCAC dengan inisiatif itu dijangka dapat menjadi pemangkin ekosistem EV di negara ini.

Beliau berkata, inisiatif itu antara lain dapat mengurangkan pelepasan gas rumah kaca (GHG) secara berkesan dan berpotensi menarik pelaburan asing, mewujudkan peluang pekerjaan hijau serta menjimatkan subsidi bahan api oleh kerajaan.

“Mesyuarat juga bersetuju dengan kerangka dasar pasaran karbon dibangunkan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) yang menyediakan panduan asas bagi urus niaga kredit karbon di Malaysia.

“Ia memberi penekanan kepada kepentingan dan kelebihan urus niaga kredit karbon di peringkat domestik bagi memastikan pelaksanaan mekanisme pasaran karbon dilaksanakan secara telus, sekali gus menepati piawaian antarabangsa serta menyumbang terhadap sasaran pengurangan pelepasan GHG negara.

KASA sedang membangunkan kerangka dasar pasaran karbon sebagai panduan asas bagi urus niaga kredit karbon di negara ini.

“Ketika ini, KASA sedang membangunkan kerangka dasar pasaran karbon sebagai panduan asas bagi urus niaga kredit karbon di Malaysia, sekali gus menyumbang terhadap sasaran pengurangan pelepasan karbon negara ke aras Malaysia Sifar Bersih Karbon 2050,” katanya.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, komitmen dan usaha kerajaan menerajui agenda perubahan iklim juga akan diteruskan dengan menyertai Persidangan Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC) Ke-27.

Persidangan tahunan yang akan berlangsung di Sharm El-Sheikh, Mesir itu bertujuan membincangkan isu global perubahan iklim, pada 6 hingga 18 November depan.

“Saya akan mengetuai delegasi negara ke persidangan berkenaan bersama Menteri Besar, Ketua Menteri serta Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.