nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan sedia geran RM4 juta kepada MTUC laksana program latihan

2 JULAI : Geran tahunan sebanyak RM4 juta telah disediakan kerajaan untuk diberikan kepada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bagi melaksanakan program-program kesedaran dan latihan yang signifikan.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, peningkatan kemahiran dan latihan semula merupakan kunci penting dalam memastikan Malaysia mempunyai tenaga kerja yang berdaya saing.

Perdana Menteri turut menggesa MTUC mewujudkan pelan pendidikan lebih holistik, efektif dan komprehensif kepada ahli-ahli kesatuan gabungan di bawahnya serta diperluas kepada golongan pekerja Keluarga Malaysia yang lain.

“Saya yakin melalui pelan-pelan pendidikan yang strategik, MTUC boleh terus memainkan peranan yang amat penting dalam melahirkan pekerja yang dinamik.

“Pada masa yang sama, sebagai badan induk yang memperjuangkan hak dan nasib pekerja, MTUC juga perlu prihatin terhadap keperluan ahli-ahli kesatuan, khususnya golongan B40 dan kelompok miskin tegar.

“Pendekatan Keluarga Malaysia bermatlamat memastikan tidak ada seorang pun ahli keluarga kita hidup melarat. Saya memahami keadaan ini kerana asal usul saya dikelilingi dengan kemiskinan,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) kali ke-42 di Auditorium Balai Ungku Aziz, Universiti Malaya (UM).

Hadir sama, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan dan Timbalan Presiden MTUC Mohd Effendy Abdul Ghani.

Berucap lanjut, Perdana Menteri berkata, MTUC yang mewakili 16.5 juta pekerja Keluarga Malaysia dianggap sebagai rakan kongsi kerajaan yang baik.

Katanya lagi, peranan MTUC sangat penting dalam membantu memulihkan ekonomi negara yang kini memasuki fasa peralihan ke endemik.

Pegawai-pegawai MTUC katanya lagi diberi penghormatan menganggotai pelbagai badan berkanun dan khas, termasuk Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan, membuktikan keyakinan dan kepercayaan kerajaan terhadap MTUC untuk bersama-sama menimbang serta menyuarakan masalah pekerja, sekali gus membantu meningkatkan kebajikan mereka.

Dalam masa yang sama, Perdana Menteri berpandangan, sikap dan pemikiran pekerja juga perlu dipupuk untuk bergerak seiring dengan kepentingan negara dan bukannya khusus bagi kepentingan satu pihak semata-mata.

“Saya berpendapat, perkara paling penting dalam kesatuan sekerja adalah fungsinya selaras dengan undang-undang perburuhan sedia ada dan menjunjung prinsip Rukun Negara,” ujar Ismail Sabri lagi.

Perdana Menteri juga berharap agar MTUC dapat melihat semula kepada usaha-usaha yang mampu memastikan tenaga kerja di negara ini memiliki kemahiran baharu yang sewajarnya dan bukan hanya memperjuangkan soal gaji dan imbuhan semata-mata.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.