nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Rayuan 15 calon SPM kekal ditolak – LP KPM

7 JULAI: Jawatankuasa Khas Lembaga Peperiksaan (LP) Kementerian Pendidikan menolak rayuan kedua membabitkan 15 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang membawa telefon bimbit ke dalam dewan peperiksaan.

Dalam satu surat Lembaga Peperiksaan bertarikh 4 Julai yang tular di media sosial hari ini, jawatankuasa berkenaan mengekalkan status batal ke atas mata pelajaran Sejarah bagi semua calon SPM berkenaan yang menuntut di Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.

“Untuk makluman, Jawatankuasa Khas Rayuan Kes Salah Laku Calon Peperiksaan SPM 2021 Lembaga Peperiksaan yang bermesyuarat pada Ahad lalu, bagi membincangkan rayuan kedua pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Sultan Alam Shah (PIBG SAS).

“Setelah semua evidens (bukti) berkenaan kes ini diteliti semula dan diperhalusi, dukacita dimaklumkan jawatankuasa berkenaan memutuskan untuk mengekalkan status BATAL ke atas mata pelajaran Sejarah bagi kesemua 15 calon terbabit,” katanya.

Surat berkenaan yang ditandatangani Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Dr Mohd Azam Ahmad turut menjelaskan pengekalan keputusan itu adalah muktamad, berdasarkan prinsip keadilan kepada semua calon SPM 2021.

Rayuan pertama yang dikemukakan Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah berkenaan turut menerima nasib sama, apabila ditolak melalui surat yang dikeluarkan pada 24 Jun lalu.

Perkara itu tular selepas seorang guru, Mohd Fadli Salleh memuat naik surat dikeluarkan LP menerusi Facebook dan mempersoalkan nasib pelajar berkenaan yang didakwa melakukan kesalahan itu secara tidak sengaja.

“Punca berlaku kerana peperiksaan kertas Sejarah 2 bermula lewat di sekolah ini. Ketua Pengawas peperiksaan memulakan sidang peperiksaan dengan kelam-kabut. Pelajar pun kelam-kabut masuk dewan.

“Menurut pelajar, Ketua Pengawas gagal membuat pengumuman berkenaan larangan membawa bahan terlarang ke dalam dewan peperiksaan. Ini menyebabkan 15 pelajar terbawa telefon dan lupa keluarkan,” katanya.

Jelasnya lagi, Ketua Pengawas berkenaan hanya mengumumkan supaya pelajar menyerahkan telefon bimbit masing-masing ketika peperiksaan berlangsung dan turut berjanji tidak akan mengambil tindakan terhadap kesemua mereka.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.