nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

5 Lelaki serang pusat tahfiz dihukum penjara, denda

18 OGOS  : Lima lelaki yang menceroboh sebuah pusat tahfiz dan menyebabkan kecederaan ke atas seorang guru, 11 Ogos lalu dijatuhi hukuman penjara dan denda di Mahkamah Majistret hari ini.

Dalam penghakimannya, Hakim Siti Aisyah turut memerintahkan kesemua tertuduh menjalani hukuman penjara daripada tarikh mereka ditangkap.

Siti Aisyah kemudiannya menjatuhkan hukuman 10 bulan penjara dan denda RM2,000 serta tambahan enam bulan penjara jika gagal menjelaskan denda kepada kelima-lima tertuduh.

Tertuduh, Wan Haris Wan Ismail, 38, Zulkifli Mohd Nasir, 27, Azraen Che Mat Noor, 43, Mohd Amirul Afif Che Mat Noor, 29, dan Rizuwan Hazmi, 47, mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Siti Aisyah Ahmad.

Mengikut kertas pertuduhan, kelima-lima tertuduh didapati bersalah dengan niat telah melakukan pencerobohan di kawasan Pusat Tahfiz Darul Fikri Al Mahmudiah, Jalan Cheneras di sini jam 5.10 petang, 11 Ogos lalu.

Kesemua mereka dituduh di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya.

Sementara itu pada prosiding yang sama, tiga tertuduh, Wan Haris, Zulkifli dan Azraen didapati telah dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Muhammad Zulhafiz Mohd Rasid, 26, yang merupakan seorang guru.

Ketiga-tiga mereka dituduh di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara setahun atau denda atau kedua-duanya.

Siti Aisyah kemudiannya menjatuhkan hukuman terhadap ketiga-tiga tertuduh lapan bulan penjara dan denda RM1,000 atau tambahan enam bulan penjara jika gagal menjelaskan denda.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Pahang, Abdul Ghafar Ab Latif dan Timbalan Pendakwa Raya, Rifah Izzati Abdul Mutalif manakala tertuduh diwakili peguam Fariha Nuzuruhan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Dalam prosiding itu, Rifah Izzati meminta hukuman setimpal diberikan kepada kesemua tertuduh kerana kejadian berkenaan telah menarik perhatian awam dan menimbulkan kemarahan masyarakat kerana perlakuan itu dilakukan di pusat tahfiz.

Kejadian itu juga telah menimbulkan rasa takut, trauma dan mendatangkan ancaman kepada institusi pendidikan khususnya kepada pelajar serta guru.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.