nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MOT akan umum formula atasi isu lambakan calon ujian memandu

18 OGOS : Kementerian Pengangkutan (MOT)  akan mengumumkan formula penyelesaian yang holistik bagi menangani masalah lambakan  calon atau “backlog’  ujian memandu dalam tempoh terdekat.

Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, orang awam yang berhasrat untuk mengambil ujian Lesen Memandu, tempoh yang diperlukan adalah lebih kurang 2 bulan sehingga 3 bulan.

Katanya, tempoh yang sedikit panjang ini pastinya memberi kesan kepada orang ramai khususnya calon-calon yang mahu menjalani ujian memandu dengan segera.

“Justeru, bagi menyelesaikan isu ini, semalam semasa mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet Kementerian Pengangkutan, saya mengarahkan JPJ supaya perkara lambakan calon atau “backlog’ diselesaikan segera.

“Saya sendiri dan rakan-rakan pimpinan MOT serta agensi di bawahnya, JPJ akan membuat pemantauan di lapangan bagi mendengar pandangan pemegang taruh dan orang awam demi menyelesaikan masalah ini,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook miliknya hari ini.

Beliau hari ini mengadakan lawatan mengejut ke Pusat Latihan Memandu Berjaya Bhd di Taman Perling, Johor Bahru hari bagi meninjau sendiri keadaan di Institut Memandu (IM) dan mendapatkan maklumat di lapangan bagi menambah baik apa yang kurang setelah menerima rungutan orang ramai khususnya bagi menjalani ujian memandu.

Lawatan mengejut itu menurut Ka Siong merupakan program turun padang yang pertama bagi mendapatkan gambaran jelas apa yang berlaku di lapangan dan hasil pemerhatian ini boleh dibandingkan dengan data-data yang dibekalkan oleh para pegawai JPJ.

“Sehingga Julai 2022, iaitu bagi tempoh 7 bulan, jumlah pelajar IM Berjaya di sini adalah hampir menyamai jumlah keseluruhan pelajar bagi tempoh tahun 2018. Ini menunjukkan kenaikan 42% pelajar telah mendaftar pada tahun ini berbanding tahun 2018.

“Sementara bilangan tenaga pengajar di IM Berjaya turut berkurangan dari 215 pada tahun 2020 kini hanya tinggal 185 sahaja pada tahun 2022 ketika ini.

“Rata-rata bilangan tenaga pengajar IM telah menurun manakala calon pelajar IM pula meningkat.

“Di Johor, terdapat 1518 orang pemegang Sijil Pengajar Institut Memandu (SPIM) di bawah 32 IM. Manakala jumlah calon yang ingin menjalani ujian memandu adalah seramai 3639 setakat ini,” ujarnya.

Dalam masa sama,  beliau juga  mendapati keadaan yang lebih teruk berlaku di Lembah Klang yang memerlukan sesuatu tindakan serta-merta bagi menyelesaikan kekusutan ini.

Kata Ka Siong lagi, program turun padang seupama ini juga akan diadakan di negeri-negeri lain bagi melihat perbezaan senario khususnya berkaitan lambakan calon mengikut negeri.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.