nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia-Arab Saudi kerjasama dalam bidang penyelidikan pertanian

27 OGOS :  Malaysia dan Arab Saudi akan menerokai kerjasama baharu dalam bidang penyelidikan pertanian termasuk potensi mengadakan pertukaran pakar teknikal pada masa hadapan, menurut Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) hari ini.

MAFI memaklumkan ia susulan perbincangan yang diadakan dengan   National Research and Development Center for Sustainable Agriculture  (Estidamah) Arab Saudi ketika lawatan rasmi Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee ke negara Timur Tengah itu bermula Rabu lepas dan berakhir semalam.

Menurut MAFI, perbincangan itu menjurus kepada kerjasama teknikal dan penyelidikan pertanian bersama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) membabitkan selain pertukaran pakar teknikal, aspek potensi kerjasama lain juga akan diterokai termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Aspek potensi kerjasama lain ialah makmal bersama, pertanian moden dan perkongsian maklumat teknikal serta teknologi pertanian.

“Ini bakal menandakan kerjasama penyelidikan pertanian yang pertama untuk MARDI di Arab Saudi,” menurut MAFI dalam kenyataan hari ini.

Lawatan rasmi yang diketuai Ronald adalah bagi menghadiri mesyuarat dua hala atas undangan Menteri Alam Sekitar, Air dan Pertanian Arab Saudi Eng Abdulrahman A Alfadley sebagai susulan lawatan rasmi beliau bersama delegasi negara itu ke Malaysia pada 13 Julai lepas.

Menurut MAFI, ketika kunjungan hormat ke atas rakan sejawatnya itu, pelbagai usaha strategik kerajaan dengan kerajaan secara bilateral dibincang secara lanjut bagi mengukuhkan agenda sekuriti makanan kedua-dua negara.

Katanya, lawatan itu juga mampu memperkukuh hubungan perdagangan hasil dan produk pertanian kedua-dua negara dengan menyaksikan eksport hasil dan produk pertanian Malaysia ke Arab Saudi mencatatkan jumlah RM2.4 bilion manakala import hasil dan produk pertanian Arab Saudi berjumlah RM100 juta, pada tahun lepas.

Pertemuan juga diadakan dengan   Saudi Agricultural and Livestock Investment Company  (SALIC) dan  Saudi Agricultural Development Fund  (ADF) dengan masing-masing membuka peluang untuk meneroka kolaborasi yang akan membawa manfaat bersama kepada kedua-dua pihak.

Selain itu, beberapa siri perbincangan lain juga diadakan termasuk bersama   Saudi Food and Drug Authority  (SFDA) bagi meningkatkan akses pasaran produk agromakanan ke Arab Saudi.

“Kerjasama erat yang terjalin melalui mesyuarat dua hala ini diharap akan terus menyumbang kepada peningkatan jumlah perdagangan dan kerjasama dua hala dalam usaha mengukuhkan agenda sekuriti makanan negara.

“Ini juga selaras komitmen kerajaan khususnya dalam usaha menjamin ekosistem sekuriti makanan lebih inklusif melalui kerjasama strategik yang komprehensif bagi mempelbagaikan sumber dan rantaian bekalan makanan demi kemampanan industri agromakanan negara,” menurut kenyataan itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.