nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

CEO GLC, GLIC, Badan Kehakiman perlu isytihar harta kepada SPRM

19 SEPT : Ketua Pegawai Eksekutif daripada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) termasuk ahli Badan Kehakiman perlu mengisytiharkan harta kepada pihak SPRM.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Mekanisme Perisytiharan Harta Anggota Pentadbiran, Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan diperkukuhkan bagi memantapkan kredibiliti dan integriti pentadbiran Kerajaan.

“Perincian kod etika baharu ini akan dibentangkan semula oleh SPRM dalam mesyuarat JKKMAR akan datang.

“Pindaan dan penambahbaikan Kod Etika Bagi Anggota Pentadbiran dan Ahli Parlimen sedia ada akan dilaksanakan. Satu kod etika baharu akan turut diperkenalkan untuk Ahli Parlimen dalam Akta 347 dengan mengambil kira pengekalan prinsip pengasingan kuasa badan eksekutif dan legislatif,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) 2022 hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, mesyuarat juga membuat ketetapan untuk melaksanakan penilaian semula hala tuju Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan peruntukan geran tahunan yang tetap melalui GIACC bagi tempoh tiga tahun bermula tahun 2023 hingga 2025, bagi tujuan pelaksanaan program pemantapan dan pengukuhan integriti di Malaysia.

“Peranan IIM akan diperkukuhkan berdasarkan tiga fungsi teras utama merangkumi aspek Pendidikan, Advokasi dan Latihan, Penyelidikan dan Penerbitan serta Kerjasama Strategik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mempengerusikan mesyuarat mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) 2022 di Putrajaya hari ini. Turut kelihatan Menteri  Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

“IIM juga akan diberi peranan melaksanakan Model Perniagaan secara hibrid untuk membantu mengukuhkan integriti sektor awam dan swasta,” jelasnya.

Selain itu, mesyuarat menurut Ismail Sabri turut dimaklumkan mengenai status terkini berkaitan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Sumbangan Politik.

Katanya, RUU ini akan dikawal selia oleh sebuah entiti bebas yang dikenali sebagai Pengawal Selia Sumbangan Politik pada peringkat Persekutuan dan Negeri.

“Pandangan daripada pihak-pihak berkepentingan termasuk parti-parti politik turut diambil kira berkaitan perincian RUU tersebut sebelum dibentang untuk bacaan pertama semasa Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat akan datang.

“Kerajaan sentiasa komited memantapkan nilai integriti dan memastikan ketelusan tadbir urus negara dipertingkatkan dari semasa ke semasa dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang bebas rasuah,” tegasnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.