nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ejen kosmetik diculik selamat kembali ke pangkuan keluarga

3 OKT : Ejen jualan barangan kosmetik yang diculik baru-baru ini, Rosnazirah Mohd Naim, 36, atau Azi telah selamat diserahkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada keluarganya pada jam 2.50 petang.

Azi yang turun dari sebuah kereta polis terus menerpa menerpa ke arah ibu bapanya sebaik sahaja tiba di pekarangan rumah  mentuanya di Kampung Kelochor, di Kota Bahru hari ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, polis membawa pulang mangsa dan diserahkan kepada keluarganya dalam keadaan yang selamat namun dia mengalami tekanan emosi.

“Mangsa mengalami tekanan emosi mungkin dalam jangka masa yang panjang tetapi keadaannya baik. Dapat bercakap dan berfikir dengan baik.

“Kejadian ini memberikan kesan bukan sahaja kepada mangsa malah keluarganya dan masyarakat,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Kelochor hari ini.

Polis juga katanya, mengadakan sesi kaunseling terutama terhadap mangsa dan mengadakan pertemuan dengan ibu bapa mangsa serta keluarganya.

“Jadikan kes ini satu ikhtibar dan kerjasama semua yang mengambil berat terhadap kes ini sangat membantu.

“Kami mendapat bantuan yang cukup hebat daripada pihak Bukit Aman dan yang penting hubungan baik serta kefahaman dengan negara jiran,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, kes penculikan ini sudah selesai namun ada perkara lain lagi yang perlu disiasat sekiranya ada hal-hal yang menyalahi undang-undang.

“Tujuh ditahan sebelum ini kerana dipercayai ada kaitan dengan kes. Tiga daripadanya sudah dibebaskan manakala empat lagi masih ditahan untuk siasatan,” katanya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Perculikan 1961,” katanya lagi.

Pada 13 September lalu, Rosnazirah diculik sekumpulan lelaki yang menaiki kereta jenis Toyota Vios di hadapan rumahnya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Tumpat.

Mangsa bawa ke Thailand menerusi Sungai Golok menaiki sebuah bot.

Mangsa berjaya diselamatkan oleh PDRM dengan bantuan polis Thailand dan dibawa pulang ke negara ini pada 29 September lalu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.