nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Agong, Permaisuri berangkat ke Singapura untuk lawatan kerja

25 OKT : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berangkat ke Singapura bagi memulakan lawatan negara sehingga Jumaat ini.

Keberangkatan Seri Paduka berdua akan diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Isham Ishak dan pegawai daripada Istana Negara, Jabatan Perdana Menteri serta Kementerian Luar.

Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, pada kira-kira jam 9.45 pagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan isteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin hadir untuk mengucapkan selamat berangkat kepada Seri Paduka berdua.

Turut hadir mengucapkan selamat berangkat kepada Seri Paduka berdua ialah Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah.

Sebelum berangkat, Seri Paduka berdua menerima tabik Hormat Diraja daripada Batalion 1 Rejimen Askar Melayu Diraja dengan diiringi tembakan meriam 21 das dan lagu Negaraku.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan berkata lawatan negara itu dijadualkan berlangsung pada September lepas tetapi ditangguhkan susulan lawatan khas Seri Paduka berdua ke London, United Kingdom pada 16 hingga 21 Sept lepas bagi menghadiri Istiadat Pemakaman Negara Ratu Elizabeth Il.

Dalam rangka lawatan ke Singapura, Ahmad Fadil berkata Seri Paduka berdua dijadual berangkat melawat National University of Singapore dan Edible Garden City pada sebelah petang hari ini.

Pada keesokannya, Seri Paduka berdua dijadual menerima menghadap Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Long dan isteri di Shangri-La Hotel Singapura, disusuli dengan majlis santapan tengah hari.

“Pertemuan ini merupakan kali kedua antara kedua-dua pemimpin dengan pertemuan kali pertama ketika Seri Paduka berangkat menyaksikan Formula 1 Singapore Grand Prix 2022 pada 2 Okt 2022, atas persilaan rasmi Lee.

“Pada 5 petang hari yang sama, Seri Paduka berdua dijadual berangkat ke Majlis Sambutan Negara di The Istana, Orchard Road,” katanya.

Ahmad Fadil berkata Seri Paduka berdua turut dijadualkan melakukan pertemuan dengan Presiden Singapura Halimah Yacob, disusuli dengan Majlis Santapan Negara.

“Pertemuan ini juga merupakan yang kedua antara kedua-dua pemimpin. Pada 18 Sept 2022, Seri Paduka berkenan menerima menghadap Halimah di London, United Kingdom.

“Pada ketika itu, kedua-dua pemimpin berada di London, bagi menghadiri Istiadat Pemakaman Negara mendiang Baginda Ratu Elizabeth Il,” katanya.

Pada Khamis (27 Okt), Al-Sultan Abdullah dijadual berangkat melawat loji NEWater, disusuli dengan lawatan ke Kem Latihan Komando di Pasir Ris manakala Raja Permaisuri Agong dijadual melawat, antaranya National Library dan National Museum of Singapore.

“Pada sebelah malam hari yang sama, Seri Paduka berdua dijadual berangkat ke majlis santapan malam dan pertemuan dengan diaspora Malaysia di Singapura.

“Seri Paduka berdua dijadual mengakhiri Lawatan Negara ini dan berangkat pulang ke tanah air pada 28 Okt (Jumaat),” katanya.

Ahmad Fadil berkata lawatan negara itu mencerminkan hubungan dua hala yang rapat dan istimewa di antara Malaysia dan Singapura bermula sejak 57 tahun lepas.

Dari segi dagangan dua hala, dari Januari hingga Ogos 2022, jumlah dagangan Malaysia dengan Singapura ialah sebanyak AS$55.77 bilion, iaitu 12.9 peratus daripada jumlah keseluruhan dagangan Malaysia, menjadikan Singapura sebagai rakan dagangan kedua terbesar Malaysia selepas China.

Singapura merupakan destinasi kedua terbesar eksport Malaysia selepas China dengan nilai AS$34.51 bilion. Singapura juga sumber kedua terbesar import Malaysia selepas China dengan nilai AS$21.26 bilion.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.