nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

SPRM akan siasat surat akujanji sokong Zahid jadi PM

3 NOV : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka kertas siasatan bagi meneliti surat akuan bersumpah yang kononnya menyokong Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung perkara itu.

“Kami telah menerima aduan mengenai surat tersebut dan dakwaan tersebut. SPRM akan membuka kertas siasatan supaya perkara itu dapat diteliti,” kata Azam kepada The Star hari ini.

Beliau berkata, siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM kerana salah guna kuasa.

Azam juga tidak menolak kemungkinan memanggil individu tertentu untuk merakam kenyataan mereka.

“Biar pegawai saya tentukan siapa nak panggil. Mereka akan berbuat demikian selepas melihat dokumen yang telah diserahkan kepada mereka,” katanya.

Semalam, tular satu hantaran di media sosial yang menggambarkan ikrar yang dibuat oleh Pengarah Komunikasi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, di mana beliau berjanji antara lain untuk menyokong Ahmad Zahid, yang merupakan Presiden UMNO, sebagai Perdana Menteri.

Ikrar itu yang didakwa ditandatangani Shamsul Anuar, berjanji akan memberikan jawatan kabinet utama dan lantikan politik kepada Ahli Parlimen UMNO, serta menggugurkan tuduhan mahkamah melibatkan pemimpin tertinggi parti.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.