nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PRU15 : Pertembungan 6 penjuru di Parlimen Padang Serai

24 NOV : Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai, yang ditangguhkan pengundiannya sebelum ini berikutan kematian seorang calon, menyaksikan pertembungan enam penjuru selepas proses penamaan tamat 10 pagi tadi.

Saingan itu melibatkan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Mohamad Sofee Razak, Datuk C. Sivaraajh (Barisan Nasional), Datuk Azman Nasrudin (Perikatan Nasional) dan Hamzah Abd Rahman (Pejuang).

Dua lagi pencabar adalah Mohd Bakhri Hashim mewakili Warisan dan calon Bebas Sreanandha Rao.

Perkara itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Padang Serai Datuk Abdul Bari Abdullah pada 10.45 pagi di Dewan Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech di sini hari ini.

Turut hadir adalah Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Dr Azmi Sharom.

Proses penamaan calon bagi Parlimen Padang Serai lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini termasuk kawalan rapi pihak berkuasa.

Mohamad Sofee, 47, yang juga seorang peguam menggantikan calon PH sebelum ini, M. Karupaiya, 69, yang meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung dan komplikasi kesihatan pada 16 Nov lalu.

SPR sebelum ini menetapkan hari pengundian PRU15 bagi Parlimen Padang Serai ditangguhkan pada 7 Dis dan pengundian awal pada 3 Dis berikutan kematian Karupaiya.

Pada PRU14, Karupaiya yang mewakili PH menang kerusi Parlimen itu dengan majoriti 8,813 undi menewaskan calon PAS Muhamad Sobri Osman dan calon BN Datuk Dr Leong Yong Kong.

Manakala PRU15 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), Pejuang dan seorang Bebas.

Calon wanita tunggal Nor Idayu Hashim yang mewakili PN dicabar oleh calon BN Datuk Seri Mohd Johari Hussain yang juga penyandang kerusi itu, selain Osman A. Bakar (Pejuang), Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH) dan Sulaiman Bakar (Bebas).

Pegawai Pengurus pilihan raya Datuk Ahmad Nasim Mohd Sidek mengumumkan senarai calon yang bertanding pada 10.50 pagi, selepas proses penamaan calon di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini, ditutup pada 10 pagi tadi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.