nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

8 ADUN BN, 2 ADUN PH angkat sumpah exco negeri Pahang

2 DIS : Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang membabitkan lapan ADUN Barisan Nasional (BN) dan dua daripada Pakatan Harapan (PH) mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) negeri, hari ini.

Upacara lantikan barisan EXCO dibuat selepas empat hari Wan Rosdy dilantik sebagai Menteri Besar.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Dan Mengangkat Sumpah Jawatan EXCO itu diadakan di hadapan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, pada pukul 3 petang.

Berangkat sama dalam istiadat itu ialah Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Mendahului istiadat mengangkat sumpah itu adalah Datuk Seri Ir Mohd Soffi Abd Razak (BN-Benta) diikuti Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad (BN-Kerdau) dan Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Arif (BN-Bebar) masing-masing pernah memegang jawatan EXCO kerajaan negeri sebelum ini.

Ia diikuti lima ADUN BN iaitu muka baharu Ir Razali Kassim (Muadzam Shah), Datuk Seri Johari Harun (Pelangai), Datuk Mohamad Nizar Mohd Najib (Peramu Jaya), Datuk Sabariah Saidan (Guai) dan Fadzli Mohd Kamal (Dong).

Manakala dua wakil gabungan parti dalam PH iaitu Sim Chong Siang (PKR-Teruntum) dan Leong Yu Man (DAP-Triang).

Semua mereka kemudian menandatangani surat sumpah dengan disaksikan Wan Rosdy dan Tengku Muhammad Iskandar.

Turut hadir menyaksikan istiadat pelantikan itu, Pengerusi PH Pahang yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bersama isteri, Datin Seri Masdiana Mohamad.

Pada 28 November lalu, Wan Rosdy yang juga ADUN Jelai sekali lagi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang pada 14 Oktober lalu.

Pelantikan Wan Rosdy, 64, disempurnakan pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang di Balairung Seri, Istana Abu Bakar.

Dengan pelantikan Wan Rosdy sebagai Menteri Besar, BN dan PH bergabung membentuk kerajaan negeri Pahang selepas mendapat majoriti 24 kerusi DUN Pahang.

Pada PRU15, BN memperoleh 16 kerusi daripada 42 kerusi DUN Pahang dan PH memperoleh lapan kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) pula memperoleh 17 kerusi.

Berikutan itu, tiada parti memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri mendorong gabungan BN dan PH.

Pahang mempunyai 42 kerusi DUN dan parti perlu mempunyai 22 kerusi untuk mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.