nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ahli politik digesa henti keluar kenyataan resahkan rakyat

5 DIS : Ahli politik digesa berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan keresahan buat rakyat, demikian tegas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata,  rakyat sudah penat untuk berdepan permainan politik, selain masih terkesan dengan pandemik COVID-19 dan ketidaktentuan ekonomi.

“Justeru, kita harap tiada lagi kenyataan yang mengundang resah kepada rakyat dikeluarkan.

“Kerajaan kini juga lebih fokus kepada usaha untuk melaksanakan tugas demi kepentingan bersama dan tidak mahu memikirkan isu remeh yang dimainkan pihak tertentu,” katanya ketika mengulas kenyataan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim bahawa kini Kabinet sedia ada tidak akan bertahan lama.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam lawatan rasmi dan penyerahan dua unit bot kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim, hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad.

Ditanya mengenai gelaran kerajaan zina serta kerajaan luar tabii yang dibuat calon PN Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, terhadap kerajaan Persekutuan, beliau berkata perkara sedemikian tidak perlu dilayan.

“Kalau nak dilayan istilah semantik dan sebagainya itu, tak habis kerja kita. Kita tak akan benarkan kerajaan baharu ini terpesong dengan hal picisan sebegitu.

“Kita hanya fokus kepada kerja kerana kita punya tugas serta amanah cukup besar seperti dinasihatkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,” tegasnya.

Pada majlis itu, beliau turut menyerahkan masing-masing lima unit komputer lima komputer kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bandar Baharu dan Jabatan Sukarelawan (Rela) Kulim.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.