nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pelanggaran SOP punca kejadian lebih RM100,000 dilarikan

17 JAN: Maklumat awal mendapati pelanggaran tatacara operasi piawai (SOP) kewangan sewaktu pengeluaran wang bantuan awal persekolahan berjumlah lebih RM100,000, yang dilarikan individu dalam kejadian di Beranang, Selangor semalam.

Itu antara maklumat awal yang diterima Kementerian Pendidikan dalam siasatan polis serta Jabatan Pendidikan Negeri Selangor kata menterinya
Fadhlina Sidek.

Menurutnya, tatacara pengeluaran wang tunai yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan, pengeluaran wang tunai hingga RM10,000 oleh pengetua atau guru besar hendaklah diiringi dua guru, atau polis jika mengeluarkan wang tunai melebihi RM10,000.

“SOP kewangan telah dilanggar. Kita ada SOP yang ketat bahawa (pengeluaran wang) lebih RM10,000 mesti ada pengiring, ini kan pula satu jumlah yang amat besar,” katanya selepas melawat Sekolah Kebangsaan Chepor, Ipoh.

Katanya, kementerian sedang menunggu laporan polis dan JPN Selangor, sebelum
mengumumkan tindakan yang akan diambil.

Dalam kejadian 10 pagi semalam, seorang guru besar berputih mata selepas wang bantuan awal persekolahan berjumlah RM109,000 yang diperuntukkan untuk sebuah sekolah di Beranang hilang selepas dilarikan individu yang memecah tingkap kenderaannya di Semenyih.

Menurut Ketua Polis Kajang, Mohd Zaid Hassan, berdasarkan keterangan guru besar terbabit, mangsa yang berpengalaman 10 tahun mengendalikan transaksi pengeluaran wang tidak membuat sebarang permohonan polis pengiring kerana sudah biasa melakukan sebegitu.

Fadhlina berkata,
Kementerian akan mengembalikan semula wang itu kepada sekolah berkenaan memandangkan ia hak yang perlu dipulangkan kepada murid sekolah melalui proses yang sepatutnya.

“Tindakan kepada guru besar pula kita serahkan kepada JPN dan pihak polis,” katanya.

Terdahulu, beliau mengumumkan peruntukan untuk Sekolah Kebangsaan Seri Tanjung dan Sekolah Kebangsaan Chepor masing-masing sebanyak RM400,000 serta RM150,000 bagi tujuan penambahbaikan termasuk penyelenggaran sekolah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.