nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PM setuju isu kalimah Allah dibawa ke MKI

7 JUN: Cadangan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membawa isu kalimah Allah kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana Baginda percaya pandangan MKI untuk dimajukan kepada Majlis Raja-Raja (MRR) untuk memuktamadkan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Malaysia.

Persetujuan itu disepakati selepas Sultan Sharafuddin mengadakan perbincangan dengan Anwar di Istana Bukit Kayangan di sini, tengah hari tadi.

Dalam pertemuan itu, Perdana Menteri mengadap dan menyembah taklimat berhubung keputusan Kerajaan Malaysia menarik balik rayuan dalam kes Jill Ireland lawan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia di Mahkamah Rayuan baru-baru ini.

“Dalam perbincangan itu, beta selaku Pengerusi MKI menyuarakan pandangan yang juga dipersetujui Yang di-Pertuan Agong, bahawa perkara ini perlu dibawa terlebih dulu kepada MKI untuk dibincangkan selaras dengan fungsi MKI yang bertanggungjawab menasihatkan Raja-Raja Melayu dalam menambah baik tadbir urus agama Islam pada peringkat Persekutuan.

“Beta juga berpandangan, perkara ini membabitkan sensitiviti agama di Malaysia, isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam ini perlu dimuktamadkan segera oleh Kerajaan Malaysia dengan penuh hikmah dan tanggungjawab,” titah baginda.

Anwar Ibrahim menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, 7 Jun 2023. – SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri

Sultan Sharafuddin turut meminta semua pihak menghormati peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak dan kuasa Raja-Raja Melayu dalam menentukan perkara berkaitan agama Islam.

“Penyelesaian bagi isu ini perlu dibuat berhati-hati berteraskan Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan agama Islam sebagai agama Persekutuan tanpa memprejudis hak orang lain untuk menganut dan mengamalkan agama selain agama Islam dengan aman.

“Beta juga meminta semua pihak tidak mempolitikkan, membangkitkan atau membahaskan isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam ini lagi sehingga MRR membuat ketetapan muktamad mengenainya,” titahnya.

Sementara itu, Anwar berkata, Kerajaan Persekutuan menghormati undang-undang berkuat kuasa di negeri dan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Negeri dalam menentukan perkara berkaitan agama Islam di peringkat negeri serta peranan MRR menentukan perkara berkaitan agama Islam pada peringkat Persekutuan.

Katanya, beliau menghormati pandangan Sultan Selangor yang selari dengan keputusan Jemaah Menteri pada bulan lalu bahawa isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Sabah dan Sarawak lebih sesuai diperkemas dan diperjelaskan kepada MKI yang berperanan menasihati MRR yang bersidang Ogos nanti.

“Justeru, Kerajaan Persekutuan memperaku dan menerima pakai dasar sedia ada yang mengehadkan penggunaan kalimah Allah kepada orang Islam di Semenanjung serta kelonggaran bersyarat oleh orang bukan Islam di Sabah dan Sarawak.

“Kerajaan juga akan memperkemas dasar sedia ada berdasarkan ketetapan MRR yang akan diangkat sebagai suatu dasar muktamad berhubung penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.