nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Lebih 60 peratus kes berprofil tinggi babitkan ahli politik

5 JUL : Lebih 60 peratus daripada 156 kertas siasatan kes berprofil tinggi dan berkepentingan awam yang dibuka oleh Bahagian Operasi Khas (BOK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari 2020 hingga 8 Jun 2023 membabitkan ahli politik.

Pengarah Kanan BOK, Datuk Tan Kang Sai, berkata daripada jumlah itu, seramai 211 individu ditahan dengan 91 daripadanya dituduh di mahkamah membabitkan 454 pertuduhan.

“Dalam tempoh sama, SPRM turut menyita wang tunai sebanyak RM51,132,539, melucut hak harta dan wang tunai berjumlah RM10,465,873.39 serta mengeluarkan kompaun berjumlah RM128,968,750,” katanya dilapor BERNAMA.

Dalam hal ini katanya lagi, terdapat cabaran tertentu dalam mengendalikan kes berkenaan, apatah lagi membabitkan pemimpin politik, terutama dalam menyiasat transaksi kewangan membabitkan bank dan institusi kewangan luar negara.

Ini kerana katanya lagi, bank dan institusi kewangan terbabit mempunyai hak untuk tidak bekerjasama dan tidak menyerahkan maklumat mengenai akaun yang disiasat.

“Berikutan itu, kita dapat lihat kebanyakan bukti berkaitan jejak kewangan yang dibawa ke mahkamah hanya membabitkan bank dan institusi kewangan tempatan,” katanya.

Kang Sai berkata, antara kes berprofil tinggi berjaya disiasat oleh BOK termasuk Op Mitra, Op Hire dan Op Marii membabitkan penyalalahgunaan dana berjumlah ratusan juta ringgit yang disediakan kerajaan bagi pembangunan masyarakat India, pekerja dan industri automotif negara.

Selain itu, katanya, cabaran lain dihadapi BOK ialah apabila sesuatu kes disensasikan media dan ahli politik sebelum penyiasatan berjalan atau selesai, menyebabkan pihak terbabit mengambil kesempatan menghapuskan dokumen penting seperti transaksi kewangan, malah ada yang melarikan diri.

“Kecanggihan teknologi masa kini juga memberi cabarannya tersendiri iaitu transaksi kewangan boleh dilakukan hanya menggunakan telefon bimbit membabitkan bank dan institusi kewangan tempatan, malah institusi kewangan luar negara.

“Berikutan cabaran ini, SPRM mengorak langkah untuk menggunakan tenaga pakar dalam bidang perakaunan, kejuruteraan dan undang-undang sebagai sebahagian daripada pasukan siasatan BOK untuk memastikan kertas siasatan yang dihasilkan lengkap dan kukuh untuk dihantar ke Pejabat Peguam Negara,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.