nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Peluang dibuka kepada sesiapa yang berminat jadi calon

6 JUL : Ahli PKR yang berminat untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini, boleh menghantar borang kepada parti itu.

Timbalan Presidennya, Rafizi Ramli berkata, langkah itu dibuat sebagai salah satu usaha dalam memulakan proses pemilihan calon yang demokratik, telus dan objektif.

Selain itu, katanya lagi  langkah itu juga dapat meyakinkan bakat-bakat dalam kalangan anggota parti dan rakyat biasa untuk tampil menyahut seruan berkhidmat kepada masyarakat melalui platform PKR.

“Perkara ini sebenarnya telah bermula dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu. Proses yang telus ini juga penting bagi meyakinkan pengundi bahawa PKR sebagai sebuah parti reformasi sentiasa serius untuk menampilkan calon yang berkualiti dan berwibawa.

“Oleh itu bagi menghadapi pilihan raya di enam negeri pada Ogos ini, saya menjemput mana-mana anggota PKR yang ingin menawarkan diri sebagai calon untuk menghantar borang pencalonan mengikut kaedah yang telah ditetapkan oleh Majlis Pimpinan Pusat Parti,” katanya.

Rafizi dalam masa yang sama turut berkata, mana-mana ahli PKR yang berminat boleh menawarkan diri sebagai calon dengan mengisi borang dalam talian yang boleh dilayari melalui pautan www.calonkeadilan.org.

Katanya, borang itu boleh diakses bermula Khamis sehingga tarikh tutup permohonan iaitu 10 Julai 2023, jam 5 petang.

“Antara syarat kelayakan yang perlu dipenuhi ialah individu yang memohon mestilah anggota PKR yang berusia 18 tahun ke atas, tidak muflis yang telah disahkan oleh Jabatan Insolvensi dan tidak memiliki rekod jenayah, selain daripada sabitan melibatkan kepentingan rakyat.

“Mereka juga mesti mengisytiharkan harta serta bersedia untuk menandatangani bon ikrar setia sebagai wakil rakyat PKR,” ujar beliau.

Tambah Rafizi, kepimpinan PKR di semua peringkat juga boleh menamakan calon-calon yang telah dipersetujui di peringkat jawatankuasa masing-masing untuk diangkat kepada pertimbangan Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat.

Proses ini katanya, terbuka kepada Jawatankuasa Cabang bagi kawasan yang ditandingi PKR, Majlis Pimpinan AMK Pusat (MPAMK) dan Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) PKR.

“Memahami sentimen pengundi yang mahukan parti-parti menampilkan calon yang berkualiti, kita juga telah menetapkan sebuah proses saringan calon yang adil dan telus.

“Proses saringan ini akan dikendalikan oleh sebuah Jawatankuasa Calon yang dipengerusikan oleh saya selaku Pengarah Pilihan Raya dan dianggotai oleh semua Naib-Naib Presiden PKR seramai tujuh orang.

“Seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti, kuasa untuk memilih calon adalah hak mutlak presiden. Justeru, Jawatankuasa Calon bertanggungjawab untuk membuat penapisan dan menyenarai pendek tiga calon terbaik untuk diangkat kepada Presiden PKR yang seterusnya akan memuktamadkan satu nama sebagai calon,” jelasnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.