nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Nurul Izzah bertanding parlimen Kuala Terengganu?

22 JUL: Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar antara nama yang disebut-sebut dijangka bertanding di Parlimen Kuala Terengganu, pada Pilihan Raya Kecil (PRK), 12 Ogos depan.

Ia dikaitkan apabila Parti Amanah Negara (AMANAH) menyerahkan semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh kepada calon Barisan Nasional (BN).

Difahamkan, nama Nurul Izzah disebut-sebut sebagai calon selepas seorang pemimpin UMNO menyuarakan pandangan dan pendapat agar kerusi Parlimen Kuala Terengganu diberikan kepadanya.

Memetik laporan Berita Harian, Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Ahmad Sabri Ali mengakui timbul spekulasi mengenai Nurul Izzah akan bertanding di Parlimen Kuala Terengganu.

Katanya, spekulasi itu timbul dan menjadi perbualan pengundi di Parlimen Kuala Terengganu selepas seorang pemimpin BN mencadangkan nama Nurul Izzah untuk bertanding di Parlimen Kuala Terengganu.

“Pemimpin BN itu mencadangkan nama Nurul Izzah sebagai calon BN Kuala Terengganu ketika minum selepas program parti Rabu lalu.

“Kita sudah bertanyakan isu Nurul Izzah kepada pimpinan tertinggi Keadilan semalam dan mereka mengatakan spekulasi yang disebarkan melalui pelbagai laman sosial sebagai gurauan,” katanya.

PRK Parlimen Kuala Terengganu diadakan selepas kemenangan calon PAS, Datuk Ahmad Amzad Hashim dibatalkan Mahkamah Pilihan Raya negeri selepas pihak pempetisyen berjaya membuktikan wujud unsur rasuah ketika kempen PRU15.

Pada PRU15 lalu, Ahmad Amzad yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Terengganu yang dimenangi pada PRU14 dengan majoriti 40,907 undi.

Pada pertandingan empat penjuru itu, Ahmad Amzad (PAS) memperoleh 63,026 undi, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Zuber Embong (22,109), Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad daripada Pakatan Harapan (PH) mendapat 10,946 undi dan calon Pejuang, Mohamad Abu Bakar, 481 undi.

Mengulas lanjut, Ahmad Sabri menjelaskan, adalah tidak masuk akal dakwaan mengatakan Nurul Izzah akan bertanding di Parlimen Kuala Terengganu.

“Setakat ini Badan Pimpinan Keadilan negeri belum menerima sebarang maklumat, tetapi sentiasa bersiap siaga bersama jentera pilihan raya daripada BN jika dakwaan itu betul,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.