nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tiada buku promosi LGBT dijual di Malaysia : Jakim

16 Ogos : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan tidak ada buku yang mempromosikan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dijual di kedai-kedai tempatan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata aduan yang diterima berkenaan video tular oleh Cordova Media berkenaan beberapa buku yang mendorong anak-anak agar terpengaruh dengan LGBT adalah merupakan video yang diambil dari Ireland.

Bagaimanapun, beliau berkata Jakim memandang serius berkenaan sebarang usaha untuk mempromosi buku berkenaan dalam kalangan masyarakat di negara ini khususnya umat Islam.

“Jakim sentiasa bekerjasama rapat dengan Kementerian Dalam Negeri dalam memantau sebarang terbitan bahan bercetak yang mempromosi LGBT.

“Buku-buku berkenaan boleh dianggap melanggar Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301) kerana terdapat kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kemoralan dan kepentingan awam,” katanya dalam satu kenyataan.

Hakimah berkata kandungan penerbitan buku yang cuba mempromosikan budaya homoseksual di Malaysia adalah melanggar sensitiviti agama, undang-undang dan budaya di negara ini.

Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai khususnya golongan ibu bapa agar sentiasa memantau anak-anak serta tidak membeli bahan-bahan bacaan yang mempunyai unsur-unsur negatif bercanggah dengan ajaran Islam.

“Pemantauan dan pencegahan yang konsisten adalah amat penting bagi mengelakkan anak-anak terjebak dengan aktiviti tidak bermoral yang boleh merosakkan masa depan mereka,” katanya.

Sebelum ini tular satu rakaman video yang memaparkan kebimbangan seorang individu yang dipercayai di luar negara berhubung penerbitan buku panduan kepada kanak-kanak untuk menjadi generasi LGBT.

Malah, buku-buku berkenaan dikatakan turut menggariskan petunjuk bagaimana menjawab dan melawan orang Islam yang sangat menentang LGBT.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.