nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Rayuan terhadap pembebasan Muhyiddin didengar Februari 2023

27 SEPT : Mahkamah Rayuan menetapkan 28 dan 29 Februari tahun depan untuk mendengar rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada pertuduhan salah guna kuasa berkaitan projek Jana Wibawa.

Tarikh itu ditetapkan ketika pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mohd Khairi Haron hari ini, lapor Bernama.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata Mahkamah Sesyen menetapkan 29 November ini untuk mendengar rayuan pihak pendakwaan bagi mendapatkan perintah penangguhan sementara prosiding bagi tiga lagi pertuduhan dihadapi Muhyiddin di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) sementara selesai rayuan di Mahkamah Rayuan.

Pada 15 Ogos lepas, hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin membenarkan permohonan Muhyiddin yang juga bekas perdana menteri untuk membatalkan empat pertuduhan selepas beliau memutuskan pertuduhan itu kabur dan tidak berasas.

Muhammad Jamil kemudiannya melepas dan membebaskan Muhyiddin dan pihak pendakwaan memfailkan notis rayuannya pada hari yang sama.

Muhyiddin, 76 didakwa menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri ketika itu dan presiden Bersatu untuk mendapatkan suapan daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd dan juga daripada Datuk Azman Yusoff untuk parti itu.

Selain empat pertuduhan itu, Muhyiddin juga menghadapi dua pertuduhan menerima hasil daripada aktiviti menyalahi undang-undang berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity yang didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank Bersatu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral antara 25 Februari dan 16 Julai 2021 juga antara 8 Februari dan 8 Julai 2022.

Beliau juga didakwa atas satu pertuduhan menerima dana RM5 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang merupakan hasil daripada aktiviti menyalahi undang-undang di cawangan Ambank Amcorp Mall di Jalan Persiaran Barat, Petaling Jaya, Selangor pada 7 Januari tahun lepas. Dana itu didakwa dikreditkan ke dalam akaun parti di Ambank.

Dalam permohonan untuk perintah penangguhan, pihak pendakwaan berkata terdapat alasan yang kukuh untuk mewajarkan prosiding di Mahkamah Sesyen ditangguhkan.

Pihak pendakwaan berkata jika prosiding di Mahkamah Sesyen dibenar diteruskan, rayuannya (pendakwaan) akan menjadi tidak jelas jika terdapat sebarang permohonan interlokutori difailkan untuk mengetepikan tiga pertuduhan lain yang berkaitan dengan empat pertuduhan itu.

Pihak pendakwaan juga berhujah Muhyiddin tidak akan diprejudis sekiranya Mahkamah Sesyen mengekalkan status quo sehingga rayuan pihak pendakwaan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.