nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Yuran transaksi QR DuitNow mengecewakan

Kenyataan Media

Ahli Parlimen Bentong

Saya mengambil maklum mengenai isu pengenaan yuran transaksi QR DuitNow terhadap peniaga bermula 1 November 2023. Menurut keterangan daripada syarikat operator pengendali sistem QR DuitNow melalui satu kenyataan media, yuran transaksi ini diketepikan buat sementara waktu sebagai insentif untuk menggalakkan penggunaan sistem QR DuitNow.

Pengetepian yuran transaksi ini kemudiannya dilanjutkan apabila wabak Covid-19 melanda negara kita. Namun kini pengetepian yuran transaksi ini akan ditarik balik bermula 1 November 2023.

Berita ini sesungguhnya mengecewakan tatkala penggunaan ‘cashless’ semakin diterima baik oleh pengguna di dalam negara kita. Tindakan operator pengendalian sistem QR DuitNow ini sudah tentu akan membawa kesan kepada pengguna secara tidak langsung.

Ini adalah kerana peniaga sudah pasti tidak lagi mahu menggunakan sistem ini sebagai salah satu cara pembayaran kepada servis yang mereka tawarkan. Peniaga akan kembali kepada urusniaga tunai dan ia membantutkan usaha mengembangkan penggunaan transaksi ‘cashless’.

Ini adalah satu langkah ke belakang yang mana jika kita lihat di negara luar, kebanyakan urusniaga perniagaan kini dijalankan secara ‘cashless’ bahkan ia digunakan secara meluas sehinggakan gerai atau kedai kecil juga menggunakan urusniaga begini.

Pengenaan yuran transaksi ini juga akan memberikan kesan kepada peniaga-peniaga kecil dan juga peniaga-peniaga yang baru sahaja kembali berniaga akibat pandemik Covid-19.

Ia juga memberikan kesan kepada inisiatif kerajaan seperti pemberian bantuan e-wallet yang diberikan kepada belia serta inisiatif-inisiatif lain yang dilakukan oleh kerajaan untuk menggalakkan penggunaan transaksi ‘cashless’ terutamanya di kaunter-kaunter kerajaan.

Oleh itu, pada hemat saya, pihak bank boleh menyerap bayaran yuran transaksi ini, seperti mana yang telah dilakukan selama ini. Tiada masalah yang timbul bahkan pihak bank setiap tahun melaporkan keuntungan berlipat kali ganda walaupun menanggung kos perkhidmatan ini.

Saya juga menggesa campur tangan segera Bank Negara dan Kementerian Kewangan dalam hal ini. Apabila peniaga enggan lagi menggunakan perkhidmatan QR DuitNow ini, pengguna akan terjejas dan perkhidmatan yang berharga ini seperti yang dinyatakan di dalam kenyataan operator pengendali sistem QR DuitNow ini tidak lagi akan menjadi berharga bahkan ia mungkin tidak langsung menjadi pilihan kepada peniaga.

Negara seharusnya menuju ke arah progresif dalam apa juga bidang sejajar dengan perkembangan semasa. Keputusan ini tampak regresif dan akan membawa kita kembali kepada cara urusniaga dilakukan pada zaman dahulu sedangkan dunia kini semakin canggih dan penggunaan “cashless” semakin meluas di seluruh dunia.

Young Syefura Othman

Ahli Parlimen Bentong

Get real time updates directly on you device, subscribe now.