nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Huawei dipertimbang sebagai pembina 5G kedua : PM

13 OKT : Syarikat gergasi teknologi China, Huawei dilihat sebagai alternatif terbaik bagi pembinaan rangkaian 5G kedua di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pertimbangan ke atas Huawei adalah bagi membuktikan Malaysia tidak terus bergantung harap kepada Amerika Syarikat (AS) untuk pembangunan teknologi, meskipun negara itu adalah rakan dan sekutu sejak dahulu. 

Katanya, beliau lebih cenderung untuk mempunyai teknologi terbaik dari kedua-dua negara Timur dan Barat berbanding membiarkan Ericsson membangunkan sistem rangkaian di Malaysia seperti yang diputuskan kerajaan terdahulu. 

“Kepimpinan terdahulu, pemimpin sebelum saya, memutuskan untuk mempunyai satu sahaja sistem rangkaian (dari firma Swedish) Ericsson. Saya berpandangan ia merupakan teknologi yang amat penting.

“Jadi mengapa kita tidak mempunyai rangkaian terbaik dari kedua-dua pihak? Jadi kami memilih (gergasi teknologi China) Huawei untuk sama-sama terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika temubual dalam wawancara khas bersama Time pada pertengahan September lalu.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mengakui keputusan tersebut akan menimbulkan rasa kurang senang daripada sesetengah pihak. 

Namun, beliau menegaskan perkara tersebut demi kebaikan rakyat Malaysia serta beliau akan terus komited dalam memberikan kesejahteraan kepada rakyat di negara ini. 

Pada 9 Oktober lalu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dilaporkan berkata, kerajaan tidak memberi kontrak rangkaian 5G kedua secara rundingan terus kepada Huawei dan menegaskan tiada sebarang bidaan dibuka setakat ini.

Beliau berkata kenyataan Anwar tentang kerajaan membenarkan Huawei memecahkan monopoli DNB terhadap rangkaian 5G, hanya dalam konteks mengenai majlis penutup Sidang Kemuncak Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) Malaysia 2023 pada bulan lalu.

Fahmi turut menegaskan pihaknya tidak mempunyai masalah untuk memberi ruang kepada mana-mana pihak yang mahu membuat bidaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.