nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Nadma dedah pemilik tanah tragedi di Batang Kali

18 OKT : Malaysia Botanical Gardens Resort (MBGR) Sdn Bhd dinamakan sebagai pemilik berdaftar tanah seluas 81.71 hektar yang runtuh di Batang Kali, Disember tahun lalu,

Perkara itu didedahkan dalam laporan penuh kejadian oleh Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di laman webnya, hari ini.

Laporan kejadian menunjukkan pemilik tanah itu mempunyai Kebenaran Merancang untuk membangunkan pusat peranginan dan taman botani di lokasi tragedi yang mengorbankan 31 nyawa. 

Laporan itu juga menyebut sejak 2006, perancangan untuk membangunkan lokasi sebagai resort peranginan dan taman botani dilakukan MBGR melalui syarikat konsultan yang dilantik iaitu PIR Planner.

MBGR memohon Kebenaran Merancang daripada Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) selepas mendapat kelulusan Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (JTPKSAS) Selangor pada Julai 2019.

Kebenaran Merancang bagi cadangan pembangunan itu kemudiannya diberikan MDHS pada Disember 2019.

Usul cadangan pembangunan di tanah itu dibawa seawal Februari 2006 oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS) memohon kepada MDHS untuk membangunkan ‘Malaysia Botanical Gardens Resort’ di atas tanah itu namun ditolak kerana tapak cadangan itu berada di luar bidang kuasa MDHS.

Permohonan itu kemudian dirujuk kepada Jabatan Perancangan Pembangunan Luar Bandar Selangor sebagai pihak berkuasa perancang tempatan.

Pada September 2012, MDHS merujuk permohonan kepada JTPKSAS dan pada Februari 2016, perkara itu digantung dan dirujuk kepada pihak berkuasa negeri berikutan larangan terhadap sebarang kerja pembangunan di kawasan tanah tinggi melebihi 1,000 meter (m) dari aras laut.

Pada Oktober 2016, kerajaan Selangor meluluskan dasar membenarkan pembangunan di kawasan tanah tinggi melebihi 1,000m dari aras laut, dengan syarat penggunaan tanah yang ditetapkan dipatuhi dan kelulusan daripada JTPKSAS diperoleh.

Bagaimanapun, mesyuarat jawatankuasa JTPKSAS mengekalkan keputusan menolak permohonan itu berikutan keadaan guna tanah yang menyatakan hanya aktiviti pertanian dibenarkan.

“Pada Mei 2017, satu permohonan untuk Kebenaran Merancang dikemukakan semula kepada MDHS untuk ‘Penyerahan Balik dan Pemberimilikan Semula’ mengikut Seksyen 204B (Kanun Tanah Negara).

“Permohonan itu dibawa ke Mesyuarat OCS (Jawatankuasa Pusat Setempat) untuk kelulusan, namun permohonan ditolak atas beberapa alasan,” katanya.

Antara alasan penolakan, cadangan pembangunan bertentangan dengan syarat perjanjian pajakan antara PKPS dan MBGR yang menetapkan tanah itu hanya boleh digunakan untuk pertanian dan penternakan.

Selain itu, cadangan penyerahan perlu dirujuk dan diluluskan oleh JTPKSAS dan pemohon perlu mendapatkan kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) daripada Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor.

Mesyuarat Jawatankuasa JTPKSAS pada 24 Julai 2019 memberi kelulusan dan bersetuju. Berikutan itu, MBGR melalui PIR Planner memohon Kebenaran Merancang kepada MDHS untuk kelulusan.

Tahun lalu, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mendedahkan bahawa tiga tapak perkhemahan yang terjejas akibat tanah runtuh itu tidak mempunyai lesen untuk beroperasi.

Beliau menjelaskan syarikat yang mengusahakan tapak itu hanya memiliki Kebenaran Merancang untuk aktiviti pertanian organik yang diluluskan MDHS pada 2019.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.